Connect with us

Oh! Media

Pegawai Perubatan Kongsi Pengalaman, Terkejut Jumpa ‘Sesuatu’ Dalam Telinga Pesakit

Trending

Pegawai Perubatan Kongsi Pengalaman, Terkejut Jumpa ‘Sesuatu’ Dalam Telinga Pesakit

Menjaga kebersihan diri merupakan perkara yang dituntut dalam agama islam bagi mengelakkan diri kita daripada diserang penyakit merbahaya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Pegawai Perubatan Disambung Kontrak, Sukarelawan Ditambah” – Timbalan Menteri Kesihatan

Kebersihan juga bukan hanya pada diri, malah turut dilihat melalui aspek persekitaran seperti sekitar rumah, bilik tidur, ruang tamu dan sebagainya.

Perkara itu sedikit sebanyak mampu mengelakkan daripada berlakunya pembiakkan serangga merbahaya serta menghindar dari menjadi tempat tumpuan mereka.

Pegawai Perubatan kongsi pengalaman

Namun, terdapat sebuah kejadian yang sama melibatkan serangga perosak apabila seorang Penolong Pegawai Perubatan (MA) telah berkongsi tentang pengalamannya.

Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok bernama @ams_brand, dia menceritakan kisah seorang pesakit yang datang ke kliniknya akibat merasa sakit pada telinganya.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Kak Siti itu, dia merasakan seperti ada sesuatu di dalam lubang telinganya dan ia seakan-akan seperti seekor serangga.

Tanpa membuang masa, pegawai tersebut dengan pantas menyuruh wanita tersebut untuk masuk ke dalam wad kecemasan bagi melakukan rawatan susulan.

Korek-korek ada nampak kaki..

Menerusi video itu, pegawai tersebut telah melakukan rawatan dengan mengunakan Otoscope yang digunakan untuk memeriksa lubang telinga pesakit.

Menurutnya, pada tinjauan pertama, dia mengakui terlihat sepasang kaki yang sangat tajam serta sepasang kepak yang berkilat.

Aku tengok punya tengok, nampak macam kaki, nampak macam tajam-tajam. Aku intai lagi, nampak sayap berkilat bewarna hitam.

Jelasnya lagi, dia mendapati terdapat seekor lipas dalam telinga pesakit sebelum bertindak mengeluarkannya dengan menggunakan alatan khas yang diberi nama Crocodile Forsep.

https://www.tiktok.com/@ams_brand/video/6998049709755485466?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6993220371899008514
Link TikTok

Mengakhiri kisahnya, dia turut menasihati orang ramai agar menjaga kebersihan diri serta kawasan sekitar agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Netizen turut berikan pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen juga turut terkejut dengan kejadian itu serta memuji kisah yang diceritakan supaya menjadi pengajaran buat kita semua.

Walaubagaimanapun, setiap video yang dimuat naiknya merupakan segala kisah dan pengalaman yang pernah dilaluinya semasa bertugas.

Lebih mengharukan, setiap perkongsian video akan diakhiri dengan kata-kata nasihat serta keindahan agama islam dalam setiap perkara.

Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah mencapai lebih daripada 268,000 tontonan serta mendapat 26,000 tanda suka.

Kredit: TikTok @ams_brand

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas