Connect with us

Oh! Media

Pegawai Keselamatan Temui Mayat Bayi Dihurungi Semut

Trending

Pegawai Keselamatan Temui Mayat Bayi Dihurungi Semut

Seorang pegawai keselamatan telah menemui mayat bayi yang masih bertali pusat serta dihurungi semut dan dipercayai sudah ditinggalkan lebih kurang dua hari di tepi Jejantas Jalan Jepun Kampung Delek Taman Muhamad Yamin, Klang, petang semalam.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mayat bayi tersebut ditemui oleh seorang pengawal keselamatan wanita berumur 22 tahun di bahagian bawah jejantas motorsikal Jalan Jepun di tepi landasan kereta api.

Beliau berkata, pihak beliau menerima laporan daripada seorang wanita berkenaan penemuan mayat bayi tersebut di tepi jejantas ketika dia dalam perjalanan balik ke rumah di Kampung Sungai Sireh dari tempat kerjanya di Sungai Jati.

Pada awalnya, wanita terbabit nampak sepasang suami isteri berada di lokasi, dan memberitahu ada mayat bayi, tetapi tidak menghubungi polis, lalu wanita itu menghubungi MERS 999 memaklumkan penemuan mayat bayi itu.

Beliau turut berkata, tiada sebarang kesan kecederaan ketika pemerikaan awal pada tubuh badan bayi itu dilakukan.

Pemeriksaan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang hadir ke tempat kejadian mendapati bayi lelaki cukup sifat, panjang anggaran kurang dari dua kaki bertali pusat dan didapati ditinggalkan disitu dalam tempoh dua hari.

Shamsul berkata, pihak mereka akan menyiasat sama ada bayi tersebu masih hidup atau tidak semasa ditinggalkan di lokasi kejadian.

Mayat bayi yang ditemui itu dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat pada jam 2 petang hari ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas