Connect with us

Oh! Media

PDRM Sedang Mengesan Raja Penyeludup Yang Dikenali Sebagai ‘Ben’

Trending

PDRM Sedang Mengesan Raja Penyeludup Yang Dikenali Sebagai ‘Ben’

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mewujudkan satu pasukan khas bagi membanteras penyeludupan rokok dan arak yang dikatakan didalangi oleh seorang individu dikenali sebagai ‘Ben’.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) Datuk Halim Ishak berkata, kedua-dua agensi penguatkuasaan berkenaan tidak boleh mendiamkan diri sebaliknya perlu bertindak agresif terutama membabitkan kegiatan yang merugikan negara.

“Amat mustahil dan menghairankan sekiranya pihak PDRM dan JKDM tidak mengetahui perkara ini yang menjadi lambakan di pasaran gelap.

“MCCF amat yakin dengan kepimpinan baharu PDRM yang diketuai Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani (Abdullah Sani) dan barisan pengarah baharu di lantik supaya dapat bekerjasama dengan JKDM dalam membanteras penyeludupan rokok dan arak yang di lakukan oleh ‘Ben’,” katanya kepada Harian Metro.

Halim yang juga bekas anggota Komando 69 (VAT69) berkata, aktiviti penyeludupan rokok dan arak bukanlah perkara baharu di negara ini malah pelbagai sindiket penyeludupan sudah berjaya dilumpuhkan sebelum ini.

“Apatah lagi ketika negara kini dalam perintah darurat dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia lebih senang bagi pasukan khas untuk mengesan pergerakan mereka.

“Selain itu, kerjasama dengan rakan sejawat di negara luar juga perlu dieratkan bagi berkongsi maklumat terutama membabitkan aktiviti penyeludupan,” katanya.

Beliau berkata, rakyat mempunyai hak untuk tahu apakah tindakan pihak berkuasa terhadap golongan ini kerana ia membabitkan hasil dan kerugian kutipan cukai mencecah puluhan bilion ringgit setahun.

Beliau juga menambah, ada seorang individu yang merupakan antara orang pertama yang melakukan kegiatan penyeludupan rokok ini menjadi ‘jutawan segera’ apabila permintaan rokok seludup meningkat.

Permintaan rokok seludup melambung selepas kerajaan menaikkan kadar cukai rokok menyebabkan harga rokok sah dalam pasaran menjadi mahal bermula tahun 2015 menyebabkan Ben aktif menjalankan kegiatan berkenaan.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas