Connect with us

Oh! Media

Pasangan Suami Isteri Didenda RM14K, Mengaku Bersalah Pukul Anak Dengan Penyapu

pukul

Trending

Pasangan Suami Isteri Didenda RM14K, Mengaku Bersalah Pukul Anak Dengan Penyapu

Zaman sekarang ni, ibu bapa yang memukul anak secara keterlaluan pasti akan didenda kerana ia dilihat sebagai satu deraan. Terkini, pasangan suami isteri didenda sebanyak RM14,000 selepas mengaku bersalah mengabai dan memukul anak dengan penyapu dan tali pinggang sehingga mendatangkan kecederaan.

ADVERTISEMENT

Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Nariman Badruddin di Mahkamah Sesyen Melaka. Berdasarkan pertuduhan, kejadian itu berlaku di Taman Bukit Rambai kira-kira jam 7 pagi hingga 6 petang pada 16 April 2021 dan 6 pagi hingga 8 pagi pada 19 April tahun sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama memukul anak sulung berusia 14 tahun ketika itu sehingga mengalami kecederaan fizikal.

Kecederaan mangsa kemudian disedari guru sekolah dan mangsa menceritakan apa yang dialaminya di rumah. Guru itu kemudian membawa mangsa ke hospital untuk rawatan dan ketika itu dapat dikesan lebih banyak kesan kecederaan pada badan mangsa.

Laporan polis dibuat dan mereka kemudian ditahan pada 22 April 2021.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,500 masing-masing bagi pertuduhan satu dan dua terhadap setiap tertuduh atau penjara enam bulan jika gagal bayar. Hakim juga memerintahkan pasangan suami isteri itu dikenakan bon jaminan RM2,000 dan seorang penjamin tanpa cagaran dengan syarat tambahan tidak boleh melakukan sebarang pengabaian di bawah jagaan mereka.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas