Connect with us

Oh! Media

Park Kereta Bawah Tanah Elak Kantoi Pergi Kelab Malam

Trending

Park Kereta Bawah Tanah Elak Kantoi Pergi Kelab Malam

Sebuah pusat hiburan di ibu kota berdekatan Jalan Loke Yew dikatakan telah diserbu pihak polis apabila tektik mereka menyuruh pengunjung parkir kereta dekat bawah tanah kantoi.

ADVERTISEMENT

Pada mulanya pihak polis telah melakukan rondaan pada jam 10.30 malam dan mendapati kawasan di situ sunyi sepi. Tapi, pihak polis tergerak melakukan rondaan di kawasan parkir bawah tanah sebuah banggunan dan mendapati puluhan kereta mewah masih berada di situ.

Lebih mencurigakan lagi bila ada 2 orang individu yang dilihat bertugas untuk memerhati kehadiran polis. Nak tengok line clear ke tidak lah tu…

Susulan itu, polis berjaya melakukan serbuan tanpa dapat dihidu oleh pengunjung dan pihak pengurusan premis hiburan terbabit. Dalam serbuan itu, polis menahan 79 lelaki tempatan dan 19 wanita tempatan.

Polis juga menahan lapan wanita warga asing membabitkan enam dari China dan masing-masing seorang warga Russia serta Ukraine. – Kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Apapun, Ohmedia yakin memang masih banyak aktiviti yang melanggar SOP PKPB terutamanya aktiviti yang melibatkan golongan VVIP. Apa pandangan korang?

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas