Connect with us

Oh! Media

Pandemik Antara Punca 20 Peratus Murid Tahun 1 Di Johor Lemah 3M

pandemik

Oh! Tidak

Pandemik Antara Punca 20 Peratus Murid Tahun 1 Di Johor Lemah 3M

Umum mengetahui sudah dekat dua tahun murid-murid sekolah tidak dapat belajar dengan sempurna dek kerana Pandemik Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA: Adik Alisha Pernah Cakap “Mahu Pergi Jauh”Sebelum Kejadian Digilis Van Sekolah

Menerusi laporan Kosmo, kerajaan Johor telah menganggarkan sebanyak 20 peratus daripada 131, 281 murid tahun 1 di negeri itu lemah dan gagal menguasai tiga kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira (3M).

Kerajaan merangka program khas ‘Didik Johor’

pandemik

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang, antara faktor yang mempengaruhi keadaan pelajar yang lemah dalam 3M adalah kerana pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia sejak awal tahun lalu.

Katanya, kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM450, 000 untuk merangka program khas ‘Didik Johor’ bagi membantu murid-murid yang lemah dalam pembelajaran, terutama yang lemah kemahiran 3M.

Program Didik Johor yang akan mula dilaksanakan tahun depan itu akan dibantu guru-guru pakar melalui pelaksanaan kaedah tuisyen.

Program perintis yang dikelolakan Yayasan Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah dilaksana sejak bulan lalu melibatkan perumahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara, PPR Kempas, dan PPR Bakar Batu.

Semoga program yang bakal dibuat ini mampu untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran asas 3M. Memang kesian dekat budak-budak ni, semoga diberi kemudahan untuk mereka belajar dan harapnya lepasni sekolah tak tutup-buka-tutup-buka la.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas