Connect with us

Oh! Media

Pakar Lompat Pagar SPRM Diberkas Bersama Wanita Di Genting Highland

Trending

Pakar Lompat Pagar SPRM Diberkas Bersama Wanita Di Genting Highland

Ramai yang tertanya-tanya samaada suspek yang melompat pagar SPRM tempoh hari sudah ditahan atau belum? Akhirnya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Huzir Mohamed telah mengesahkan pihaknya telah menahan suspek bersama seorang wanita di luar Lembah Klang.

ADVERTISEMENT

Suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tujuan permohonan reman. Suspek dikehendaki polis berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian. – Katanya.

Suspek yang dikenali sebagai Goh Leong Yeong atau Alvin itu dikatakan ditahan di Genting Highland selepas pihak polis melakukan operasi khas memburu suspek.

Setakat ini, sebanyak RM101 juta daripada 736 akaun bank dan wang tunai RM5 juta telah disita SPRM.

Semua ini disiasat atas kes Macau Scam dan diharapkan tidak ada seorang pun akan terlepas dari melakukan jenayah ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas