Connect with us

Oh! Media

“Pagar Tinggi Dan Dia Berkain” – Viral Lelaki Tua Bertongkat Masuk Kawasan Rumah Awal Pagi

Trending

“Pagar Tinggi Dan Dia Berkain” – Viral Lelaki Tua Bertongkat Masuk Kawasan Rumah Awal Pagi

Di Sungai Petani, Kedah, kejadian aneh menimpa penduduk sebuah taman perumahan apabila seorang lelaki tua dikatakan menceroboh masuk ke kawasan rumah pada awal pagi.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Pintu Bergegar Sendiri Setiap Kali Tutup, 3 Beradik Akui Alami Kejadian Aneh

Menurut pengguna Facebook, Ruqaiyyah Annamirah, pada jam 5.20 pagi dia melihat sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah berlegar-legar di kawasan unit rumah.

lelaki tua

Dia mendakwa melihat lelaki tua bertongkat memasuki kawasan rumah jiran dan membuka sangkar anjing. Lelaki tua itu dengan selamba bermain dengan anjing besar yang dipelihara jiran hadapan rumahnya itu.

Dakwanya lagi, lelaki tua itu tidak melarikan diri apabila sedar pergerakannya diperhatikan. Sebaliknya dia berjalan perlahan-lahan ke belakang rumah.

lelaki tua

Kawasan perumahan memang autogate. Tapi wallahu’alam macam mana dia boleh dapat masuk tanpa kopak atau pecahkan gate. Nak kata dia lompat/panjat pagar, tak berapa logik sebab pagar sangat tinggi dan dia berkain.

Menurut wanita ini lagi, kawasan perumahan disitu jenis autogate dan dia sendiri tidak tahu bagaimana pak cik tua itu dapat masuk tanpa memecahkan pagar. Katanya, beberapa hari kebelakangan ini kawasan rumah sering putus bekalan elektrik. Penggera juga akan tiba-tiba berbunyi pada pukul 4 dan 5 pagi.

Difahamkan, pihaknya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian aneh itu. Risau dengan keselamatan anak-anak dan penduduk di situ, wanita ini memohon doa agar mereka sentiasa dilindungi.

Kredit: Ruqaiyyah Annamirah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas