Connect with us

Oh! Media

Padah Lontar Kata Kesat Di Facebook, Wanita Ditahan Hina Polis

Trending

Padah Lontar Kata Kesat Di Facebook, Wanita Ditahan Hina Polis

Seorang wanita yang dipercayai telah memuat naik beberapa hantaran di laman Facebook yang mempunyai unsur ugutan dan carutan kepada polis dan petugas sekatan jalan raya di Putrajaya telah ditahan malam tadi bagi membantu siasatan.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Berita Harian, pengguna yang dikenali dengan nama Diana Mat di laman Facebook telah memuat naik hantaran yang mempunyai unsur makian dan ugutan selain turut menzahirkan perasaan tidak puas hati dengan pihak berkuasa di Malaysia.

Selain daripada petugas sekatan jalan raya, wanita terbabit juga dipercayai turut memuat naik hantaran berunsur carutan terhadap kerajaan Malaysia.

Antara beberapa hantaran yang dimuat naik Diana Mat di laman Facebook

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, berkata sebelum laporan polis dibuat semalam, beberapa tangkap layar hantaran oleh suspek menggunakan perkatan kesat dan berunsur ugutan kepada pihak polis, didapati tersebar melalui media sosial.

Pada jam 9 malam tadi, seorang wanita berusia 36 tahun yang juga pengarah syarikat pembungkusan di Petaling Jaya, ditahan.

Pihak polis juga turut merampas telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran berunsur ugutan itu di Facebook.

Wanita itu kini ditahan dan akan dibawa ke hadapan Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi meneruskan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah; Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu mengaibkan dengan niat hendak mendatangkan bangkitan marah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 iaitu menggunakan perkhidmatan rangkaian dan komunikasi secara tidak wajar.

Sementara itu, Fazli turut menasihati orang awam agar berjaga-jaga dalam melontar pendapatan di media sosial agar tidak menjatuhkan maruah dan imej seseorang.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas