Connect with us

Oh! Media

Padah Kongsi Berita Palsu Tentang Penyebaran Covid-19, Wanita Didenda RM5,000

Trending

Padah Kongsi Berita Palsu Tentang Penyebaran Covid-19, Wanita Didenda RM5,000

Seorang wanita yang merupakan suri rumah didenda sebanyak RM5,000 selepas mengaku bersalah menyebarkan berita tidak benar berkenaan penularan Covid-19 menerusi laman media sosial di Arau, Perlis pada April lalu.

ADVERTISEMENT

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Norjannah Rusli, 28, didapati bersalah kerana mendakwa sembilan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka disahkan positif COVID-19 menyebabkan timbul rasa panik terhadap ibu bapa dan pelajar di sekolah di seluruh negeri itu.

Menurut laporan Berita Harian, tertuduh membuat pengakuan bersalah di Mahkamah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Hakim Musyiri Peet.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan aplikasi status Whatsapp melalui nombot taliannya dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam dengan menyebarkan berita palsu di Lot 8664, Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau pada jam 10.31 pagi, 18 April lalu.

Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 dan jika didapati bersalah, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Jika suatu kesalahan berterusan, tertuduh boleh didenda selanjutnya tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail dan dalam hujahnya berkata, walaupun ia merupakan kesalahan pertama tertuduh, tetapi ia boleh menimbulkan kerisauan dalam kalangan guru dan pelajar Sekolah di Arau itu.

Zuhair yang merupakan peguam kepada tertuduh memohon agar mengurangkan hukuman kepada tertuduh kerana dia sedang mengandungkan kandungan 28 minggu serta mempunya dua orang anak kecil selain suaminya yang baru sahaja kehilangan pekerjaan.

Zuhair berkata, tindakan tertuduh memuat naik status itu adalah kerana gesaan kepada masyarakat supaya berhati-hati terhadap penularan jangkitan Covid-19 di Perlis.

Hakim Musyiri bagaimanapun menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 kepada tertuduh dan tertuduh juga boleh dipenjara lima bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh kemudian membayar denda itu.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas