Connect with us

Oh! Media

Padah Guna Seragam Polis ‘Main’ TikTok

Trending

Padah Guna Seragam Polis ‘Main’ TikTok

Yang selalu main TikTok mesti sentiasa nak up to date dengan trend terbaru dekat TikTok kan. Kalau tengok sekarang pun ramai yang sanggup buat apa saja janji viewers dengan followers korang naik betul tak?

ADVERTISEMENT

Dengar cerita ada kes baru-baru ni seorang bekas sukarelawan polis telah ditahan, gara-gara dia memuat naik rakaman video di aplikasi TikTok sambil memakai pakaian seragam polis.

Lelaki yang berusia 41 tahun itu telah pun ditahan pada jam 1 petang di depan sebuah restoran selepas laporan diterima di Balai Polis Subang Jaya.

Menurut sumber, hasil soal siasat, polis telah menyerbu rumah suspek di Taman Kuala Selangor dan merampas dua pasang pakaian seragam polis dan beberapa aksesori seperti tanda nama dan topi.

Hasil siasatan mendapati suspek merupakan bekas sukarelawan polis pada tahun 2014 dan tidak memulangkan seragam itu selepas khidmatnya tidak diperlukan.

Suspek dipercayai bertindak demikian untuk meniru gaya pelakon, Rajnikanth menerusi filem Darbar. – Katanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin mengingatkan agar orang awam tidak menyimpan, memiliki dan mempamerkan pakaian seragam pasukan keselamatan kerana ia merupakan satu kesalahan.

Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mereka yang bertindak sedemikian. – Katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967.

TikTok tu TikTok jugak guys, tapi kena ingat ramai sebenarnya yang tengah perhatikan korang dekat luar sana tu. Make sure fikir dulu sebelum buat sesuatu, jangan sampai menyesal di kemudian hari sudah la.

Kredit: Sinar Harian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas