
Oh! Tidak
Padah Dukung Anak Naik ‘Flying Fox’, Polis Buka Kertas Siasatan Di Bawah Akta Kanak-Kanak
Oleh
Baru-baru ini, tular video memaparkan seorang wanita melakukan aktiviti sukan lasak ‘flying fox’ sambil mendukung anak kecil tanpa peralatan keselamatan lengkap.
Orang ramai meluahkan rasa bimbang dan mengutuk perbuatan ibu yang seolah-olah mengabaikan keselamatan anak sendiri.
BACA: “Helmet Tak Pakai, Tali Gantung Satu Je” – Wanita Dukung Anak Sambil Flying Fox Dikritik
Terbaru, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah mengesahkan pihaknya sudah menerima satu laporan susulan video itu.

Hari ini, Balai Polis Kuala Kubu Bharu menerima laporan polis berhubung video tular wanita melakukan aktiviti lasak berbahaya (flying fox) sambil memegang anak kecil dengan mengabaikan keselamatan anak dan dirinya.
Kini, kertas siasatan mengenai kejadian sudah dibuka dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006 terhadap individu yang terlibat.
Beliau memohon orang ramai kekal tenang dan tak bimbang mengenai video tersebut. Sama-sama kita tunggu keputusan siasatan kes ni.
Kredit: Kosmo!
