Connect with us

Oh! Media

Orang Ramai Serbu Kedai Emas Dikompaun & Premis Ditutup

Trending

Orang Ramai Serbu Kedai Emas Dikompaun & Premis Ditutup

Semalam tersebar beberapa gambar yang menunjukkan kedai emas dekat Kota Bharu, Kelantan diserbu orang ramai. Pada waktu pandemik ni memang pantang kalau nampak tempat yang bersesak-sesak dengan orang ramai ni.

ADVERTISEMENT

Tapi, hari ini difahamkan pihak polis telahpun mengambil tindakan pantas dengan arahkan penutupan kedai emas terlibat disebabkan gagal mengikut SOP.

Sebanyak 23 kompaun dikeluarkan terhadap pemilik kedai emas dan pembeli dalam tempoh dua hari hingga semalam, dan kebanyakan kesalahan kerana kegagalan mematuhi SOP.

Diakui semalam berlaku ketidakpatuhan di kedai emas seperti maklumat tular kerana harga emas rendah dan hasil pemantauan dibuat di seluruh Kelantan mendapati ada pembeli yang sanggup bertolak serta berebut untuk beli emas. – Kata Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat.

Sepatutnya kita perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling dan jauhkan diri tu dari tempat sesak. Pemilik kedai juga sepatutnya dah boleh agak keadaan jika harga emas murah dan ia boleh dikawal dengan mengamil khidmat RELA.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas