Connect with us

Oh! Media

Orang Ramai Dinasihatkan Jauhi Pantai Malam Ini?

Pantai

Trending

Orang Ramai Dinasihatkan Jauhi Pantai Malam Ini?

Setelah aktiviti rentas negeri dibenarkan bagi individu yang lengkap vaksinasi bulan lepas, pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk pergi bercuti bersama keluarga kan?

ADVERTISEMENT

BACA : Pengunjung Dilarang Kunjungi Fenomena ‘Laut Terbelah’ Pantai Mek Mas

Antara lokasi yang menjadi tumpuan bagi mereka meluangkan masa adalah pantai. Untuk pengetahuan, orang ramai dinasihatkan supaya tidak pergi ke sana bermula hari ini. Dah kenapa tu?

Fenomena air pasang besar 

Menurut laporan Harian Metro, fenomena air pasang besar dijangka berlaku bermula 9 malam ini sehingga 4 pagi esok dengan ombak ketinggian sehingga 2.80m dan ianya dikatakan sendiri Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah.

Esok pula, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangkakan bahawa ketinggian ombak antara 3.20m hingga 3.50m di beberapa pantai di Kemaman pada 9.30 malam hingga 4.30 pagi.

Untuk itu, orang ramai tidak disaran menghampirinya bagi tujuan merakam gambar dan sebagainya.

Pegawai dan anggota APM akan terus melakukan rondaan serta pemantauan di beberapa lokasi panas termasuk di Pantai Maimi, Seberang Takir.

Siapa yang ada niat nak pergi pantai dekat Kemaman tu, batalkanlah untuk langkah berjaga-jaga ya. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas