Connect with us

Oh! Media

Orang Pakistan Kantoi Jual Pas Lawatan Kerja Sementara Dan Lesen Memandu Palsu

pakistan

Trending

Orang Pakistan Kantoi Jual Pas Lawatan Kerja Sementara Dan Lesen Memandu Palsu

Berani sungguh mereka ni buat jahat dekat negara orang! Kalau orang China selalu kita dengar terlibat dengan aktiviti scam atau macau scam tapi orang Pakistan juga ada buat benda langgar undang-undang.

ADVERTISEMENT

Berdasarkan maklumat Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud, mereka telah berjaya menahan seorang warga Pakistan. Suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di Setapak kerana dipercayai terlibat sindiket menjual Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan lesen memandu palsu.

Suspek yang berusia 37 tahun itu ditangkap ketika sedang menghasilkan dokumen palsu.

Sindiket ini dikesan aktif sejak setahun lalu dengan mengenakan bayaran dari RM300 hingga RM500 bagi setiap pelekat PLKS bergantung kepada kualiti dikehendaki pelanggan. RM50 untuk lesen memandu turut disediakan.

Pelbagaj jenis cap jabatan ditemui.
Cap jabatan tiruan dirampas.

Antara bahan bukti lain yang dirampas adalah mesin pencetak kad, pelbagai cap perwakilan asing, dan wang tunai RM13,710. Taniah diucapkan kepada PDRM kerana berjaya membenteras aktiviti haram ini.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas