Connect with us

Oh! Media

Orang Luar Punya Pasal, Satu Kampung Buat Swab Test

COVID-19

Orang Luar Punya Pasal, Satu Kampung Buat Swab Test

Di Facebook, viral beberapa keping foto menunjukkan penduduk di Kampung Chedok, Tanah Merah, Kelantan menjalani ujian calitan Covid-19.

Menerusi foto tersebut, orang kampung dilihat beratur sambil menunggu giliran masing-masing. Turut kelihatan staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pakaian perlindungan diri (PPE).

Memetik laporan Harian Metro, hampir semua penduduk kampung yang prihatin mengambil peluang ujian swab selepas beberapa kes positif dicatatkan di kampung tersebut berpunca dari pihak luar.

Pada 5 Januari lalu, peniaga kedai makan iaitu Nuh Mat Isa, isteri serta anak antara individu terawal yang disahkan positif Covid-19.

Katanya lagi, semakan mendapati dia dijangkiti individu dari luar yang datang ke kedai makannya.

Apabila mendapat tahu saya positif, memang menyedihkan bila orang menjauhkan diri kerana masyarakat masih belum faham sepenuhnya tentang Covid-19.

Salah seorang penduduk, Noraini Ahmad berkata, penempatan di situ adalah jenis perkampungan asal. Kebanyakan penduduk mempunyai pertalian rapat dan dikhuatiri wabak mudah merebak.

Apabila KKM buat saringan dan ujian calitan secara percuma, penduduk secara sukarela menjalani ujian untuk memastikan status kesihatan masing-masing.

Daripada sudut positif saya puji usaha KKM dan penduduk kerana bagi kerjasama dan tindakan ini dapat mengelakkan wabak terus merebak.

Malah, Noraini turut menutup operasi kedai makannya selama dua minggu sehingga menjadi mangsa tular apabila dituduh positif Covid-19.

Namun, dia menjelaskan niat sebenarnya adalah untuk mengelakkan pelanggan terdedah kepada risiko jangkitan.

Kredit: Harian Metro

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

To Top