Connect with us

Oh! Media

Operasi Gagal, Israel Tangkap Ahli Keluarga Tahanan Yang Lolos ?

Trending

Operasi Gagal, Israel Tangkap Ahli Keluarga Tahanan Yang Lolos ?

Baru-baru ini, enam tahanan Israel yang terdiri daripada warga Palestin berjaya meloloskan diri daripada penjara mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: 6 Warga Palestin Berjaya Loloskan Diri Dari Penjara Israel, Hanya Menggunakan Sudu

Mereka berjaya melarikan diri dengan cara menggali lubang dari lantai sel penjara sehingga ke luar penjara hanya dengan menggunakan sudu.

Perkara itu seakan-akan memalukan selepas menggelar penjara tersebut sebagai salah satu pusat tahanan dengan sistem kawalan terketat di dunia.

Sejak kejadian itu, Israel telah melancarkan operasi besar-besaran dengan bantuan anjing terlatih bagi mengesan mereka yang lolos tersebut.

Israel tangkap ahli keluarga tahanan?

Selepas melakukan pencarian besar-besar dan gagal menemukan mereka, negara zionis itu dikatakan telah menahan ahli keluarga kepada tahanan yang lolos.

Menurut laporan Berita Harian, tentera Israel telah menahan sekurang-kurangnya enam anggota keluarga warga Palestin di Tebing Barat yang melarikan diri itu.

Berdasarkan laporan, mereka telah melancarkan gerakan memburu kesemua tahanan tersebut secara besar-besaran dengan menggunakan dron, sekatan jalan raya dan misi ketenteraan.

Perkara itu seakan-akan menemui kegagalan selepas operasi mereka dilihat gagal menemukan tahanan warga Palestin yang lolos tersebut.

Menurut Kelab Tahanan Palestin, dua saudara lelaki Mahmud Ardah, yang digambarkan di media tempatan sebagai individu yang lolos telah pun ditangkap.

Selain itu, tentera juga telah menahan empat orang lain iaitu rakan keluarga Dr Nidal Ardah, bersama dua saudara lelaki tahanan kedua dan bapa Munadel Infeiat, seorang lagi yang melarikan diri.

Cetus kemarahan pelbagai pihak

Namun, penahanan tersebut telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak yang mengecam tindakan Israel menahan orang lain bagi menutup malu.

Menerusi ciapan dari seorang Pengarah Israel dan Palestin bagi Pemerhati Hak Asasi Manusia, Omar Shakir, menyatakan bahawa tindakan itu seakan-akan bersifat mafia.

Menahan seseorang untuk memaksa saudara untuk melakukan sesuatu adalah taktik gaya mafia.

Kerajaan Israel secara berkala menggunakan hukuman kolektif yang tidak sah untuk menegaskan penguasaan dan mengekalkan apartheid.

Sementara itu, seorang ahli Knesset dari Senarai Arab Bersatu, Sami Shehadeh menyatakan bahawa reaksi terhadap insiden tahanan Palestin yang lolos itu adalah di luar batasan, lapor Kosmo.

Menurutnya, Israel telah melakukan pelbagai tindakan ganas untuk membalas dendam terhadap tahanan tersebut dan ahli keluarga mereka.

Tambahnya lagi, pihak mereka sekeras-kerasnya mengecam tindakan tersebut dan menggesa mereka menghentikan segera tindakan itu terhadap penduduk Palestin.

Kredit: Kosmo! I Berita Harian I Twitter Omar Shakir

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas