Connect with us

Oh! Media

Olimpik Tokyo: Warga Israel ‘Perli’ Kedudukan Pingat Malaysia?

Trending

Olimpik Tokyo: Warga Israel ‘Perli’ Kedudukan Pingat Malaysia?

Kehangatan Olimpik Tokyo seakan-akan tiada penghujungnya. Rakyat Malaysia masih menanti lagi tambahan pingat selepas sebelum berjaya memungut satu pingat gangsa sebelum ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Sebab Mengapa Sukan Skuasy Tidak Dipertandingkan Dalam Olimpik

Gandingan mantap beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya membawa pingat pertama untuk Malaysia selepas menumpaskan pasukan dari Indonesia.

Setakat hari ini, Malaysia menduduki tangga ke-72 daripada 206 negara bertanding dan negara China masih mendominasi kejohanan Olimpik tahun ini.

Hari pertama Olimpik Tokyo

Sebelum ini, terdapat sebuah hantaran yang dibuat oleh aktivis Israel pada hari pertama kejohanan Olimpik yang selepas negara itu mendahului.

Hantaran yang dibuat di laman Twitter itu menunjukkan individu itu seakan-akan memerli Malaysia selepas negara itu memperoleh pingat gangsa pada hari pertama.

Pada ketika itu, Malaysia masih belum menghadirkan sebarang pingat namun diperli oleh individu tersebut yang seakan-akan memperlekeh atlet negara.

Walaubagaimanapun, hantaran itu dibanjiri dengan pelbagai komen yang mengecam perbuatan individu tersebut yang rata-ratanya dari rakyat Malaysia.

Seorang lagi perli

Namun, baru-baru ini, terdapat seorang warga Israel yang bertindak memerli Malaysia yang berada di tangga ke-70 selepas Israel berada di tangga ke-36.

Menerusi video yang dimuat naik itu, dia telah memaparkan kedudukan pingat Olimpik Tokyo dan mencari kedudukan Malaysia yang jauh ketinggalan.

Ia bermula apabila dia memperkenalkan kedudukan Israel sebelum dengan nada sinis mencari kedudukan Malaysia pada carta tersebut.

Israel menduduki tangga ke 36! Mari kita lihat dimanakan Malaysia.

https://twitter.com/emilykschrader/status/1421873617332228097?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1421873617332228097%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fwhere-is-malaysia-warga-israel-ini-perli-kedudukan-malaysia-dalam-sukan-olimpik-2020%2F

Video yang tular itu telah mendapat kecaman daripada netizen yang rata-ratanya dari Malaysia yang mengutuk tindakan individu tersebut.

Namun, ia menjadi masalah untuk ‘kerabat bawang’ Malaysia selepas warga Israel itu menutup ruangan komen dan menyukarkan netizen untuk memberikan jawapan.

Sedar akan perkara itu, netizen bertindak membalas pada video tersebut menerusi Queto Tweet untuk memberikan komen berkaitan video tular itu.

Koyak is koyak..

Komen di Twitter berkenaan Video tular warga Israel
Komen di Twitter berkenaan Video tular warga Israel pelekeh Malaysia
komen tentang Israel koyak

Selepas sebelum ini perkataan ‘koyak’ mendapat ‘pengiktirafan’ dari Urban Dictionary, ia kerap digunakan oleh netizen bagi membalas kepada aktivis Israel yang memperlekehkan negara kita.

Apapun, sejauh mana mereka ingin memerli kita, kita sebagai warga Malaysia perlulah bersabar dan teruskan berdoa agar atlet kita mampu meraih lebih banyak pingat.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas