Connect with us

Oh! Media

Olimpik Tokyo: Atlet Pulang Dalam Keadaan Bilik Rosak

olimpik tokyo

Trending

Olimpik Tokyo: Atlet Pulang Dalam Keadaan Bilik Rosak

Temasya sukan Olimpik Tokyo sudah hampir melabuhkan tirainya apabila semakin ramai atlet mula pulang ke tanah air selepas tamat acara mereka. Bagaimanapun, ketua kontinjen Australia meluahkan rasa kecewanya apabila ada atlet mereka yang menyebabkan kerosakan bilik di Perkampungan Olimpik sebelum mereka pulang.

ADVERTISEMENT

BACA: Olimpik Tokyo: Atlet Israel Mohon Maaf Hancurkan Katil

Segelintir atlet Australia melakukan perkara ini termasuklah hilangnya maskot pasukan emu dan kangaro di perkampungan yang akhirnya ditemui semula.

Sebahagian daripada mereka melakukan kesilapan, mereka meninggalkan bilik dalam keadaan yang tidak boleh diterima. – Kata Ketua kontinjen, Ian Chesterman.

Chesterman turut menyatakan apa yang paling pelik apabila maskot mereka hilang pada mulanya, tetapi akhirnya ditemui selepas beberapa hari.

Nampaknya seperti mereka menikmati percutian di Deutschland (penginapan pasukan Jerman). Maskot berkenaan memang suka berjalan, mujur ia kembali. – Katanya berseloroh.

Bagaimanapun, atlet yang terlibat tidak dikenakan tindakan disiplin selepas mereka dikatakan telah membuat permohonan maaf.

Sebelum ini atlet Israel turut dikecam netizen selepas menghancurkan katil yang disediakan penganjur dengan alasan ingin menguji ketahanan katil kadbod. Ini setelah khabar angin mengatakan katil kadbod itu dicipta bagi mengelakkan hubungan intim hingga dilabel sebagai ‘katil anti-maksiat’ oleh warganet.

Mereka kemudian tampil membuat permohonan maaf dan turut tidak dikenakan sebarang hukuman disiplin.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas