Connect with us

Oh! Media

Nik Ezanee Dapat Restu PM Untuk Kembali Bertugas Dalam Pasukan PDRM Tapi Masih Tiada Sebarang Keputusan

nik ezanee

Trending

Nik Ezanee Dapat Restu PM Untuk Kembali Bertugas Dalam Pasukan PDRM Tapi Masih Tiada Sebarang Keputusan

Rakyat Malaysia tentu pernah lihat kelibat Senior Asisten Komisioner, Nik Ezanee Mohd Faisal yang cukup mesra dengan orang awam ketika bertugas. Personaliti yang ada dalam diri Nik Ezanee sememangnya membuatkan rakyat rasa selamat dengan PDRM.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, ketika ini Nik Ezanee bertugas sebagai pegawai pengiring Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail. Apapun, beliau dikatakan bakal kembali berkhidmat dalam pasukan PDRM.

Memetik laporan Astro Awani, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor mengakui dia berhasrat untuk kembali ke lapangan dan berkhidmat untuk masyarakat.

Nik Ezanee turut memaklumkan dia telah memaklumkan hasratnya itu kepada PM pada 2 April lalu dan mendapat restu.

Menantikan keputusan dan bersedia berkhidmat di lapangan.

Selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri pada 2 April lalu, saya juga membuat permohonan pertukaran dalam sistem penjawatan PDRM dan buat masa sekarang masih lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri.

Beliau merasakan pengalaman dan kebolehannya itu boleh disumbangkan kepada PDRM. Dalam pada itu, pengalaman yang dimilikinya dilihat boleh menambah baik pasukan PDRM.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas