Connect with us

Oh! Media

Niat Terbantut, Selepas Terjumpa Ular Sepanjang 1.5 Meter Dalam Tandas

Oh! Tidak

Niat Terbantut, Selepas Terjumpa Ular Sepanjang 1.5 Meter Dalam Tandas


Siapa je yang tak takut kalau tiba-tiba terjumpa ular dalam tandas, lebih-lebih lagi kalau tak perasan dia ada dalam mangkuk tandas masa kita tengah membuang. Fuhhh, memang ngeri la cerita dia.

Semalam di Alor Gajah, katanya ada sorang jemaah yang nak membuang air selepas solat tetapi niatnya terbantut apabila dia ternampak seekor ular tedung selar sepanjang 1.5 meter sedang menyorok di belakang tandas duduk di Masjid Dol Said.

Ular tedung selar itu dikatakan telah berjaya ditangkap dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Alor Gajah, pada pukul 7.40 malam.

Saadon Awang, 55, yang juga merupakan seorang pesara tentera ada memberitahu, kejadian berlaku ketika dia mahu menggunakan tandas selepas dia selesai menunaikan solat Maghrib.

Masa itu saya masuk ke dalam tandas dan terus tunduk untuk mengambil gayung di dalam baldi.

Mula-mula tak perasan, tapi bila terpandang terkejut saya bila nampak badan ular bergulung di belakang tandas duduk dan terus saya keluar daripada tandas. – Kata Saadon.

Ular itu dipercayai masuk ke dalam tandas selepas pintu tandas dibiarkan terbuka dan faktor kawasan yang lembap juga boleh menjadi punca ular itu masuk kedalam tandas.

Sepasukan empat anggota telah dikejarkan ke lokasi bagi operasi kes menangkap ular.

Semasa tiba di tempat kejadian, kita memang ada jumpa seekor ular jenis tedung selar yang duduk di belakang tandas duduk, pasukan APM ambil masa selama enam minit untuk tangkap ular itu. – Kata Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom, Pegawai Operasi APM Daerah Alor Gajah.

Ular tedung selar itu dikatakan telah pun dilepaskan semula ke habitatnya jauh daripada kawasan penempatan penduduk.

Aduh, hati-hati ya semua musim-musim hujan ni, sebelum nak guna tandas tu cek lah dulu betul-betul manalah tahu kalau dia tengah menyorok dalam mangkuk tandas korang.

Kredit: Kosmo

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top