Connect with us

Oh! Media

Niat Nak Tolong Kejar Pencuri, Remaja Dicekik Polis Disangka Penjenayah

penjenayah

Trending

Niat Nak Tolong Kejar Pencuri, Remaja Dicekik Polis Disangka Penjenayah

Kejadian di Palu, Indonesia, seorang remaja lelaki yang mempunyai niat baik untuk bantu seorang mangsa kemalangan telah disalah erti apabila polis menyangka dirinya adalah penjenayah.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Pemandu Potong Barisan, Polis Kejar Sampai Rumah Untuk Saman

Menerusi laporan Utusan, kejadian ini berlaku pada 28 November lalu, dimana lelaki yang dikenali sebagai MP menunggang motosikal untuk menonton bola telah berhenti di lampu merah. Semasa dia berhenti, telah berlaku satu kemalangan yang melibatkan seorang penunggang motosikal.

Polis jerit memanggilnya pencuri

penjenayah
Seorang remaja lelaki dipukul anggota polis. (Foto: Utusan)

Semasa orang ramai mengerumi kawasan kemalangan, tiba-tiba ada seorang lelaki yang merampas bag dan telefon bimbit mangsa kemalangan dan membuatkan MP terus mengejar pencuri tersebut.

Tetapi, apabila gagal mengejar pencuri itu, MP balik semula ke lokasi kejadian untuk meneruskan perjalanannya menonton bola sepak. Tetapi, tragedi menimpa MP apabila seorang anggota polis telah mencekik MP dan jerit memanggilnya pencuri sebelum dipukul oleh dua lagi anggota polis.

Apabila mangsa kemalangan memaklumkan bahawa MP bukanlah pencuri sebenar, barulah ketiga-tiga polis tersebut berhenti memukulnya.

Ibu kepada MP telah membuat laporan polis dan pihak polis telah memohon maaf atas tindakan meluru itu. Tiga anggota polis itu bakal disiasat dan dikenakan tata tertib atas perbuatan mereka.

Kesian la MP yang tidak bersalah itu. Niat dah baik nak bantu orang tapi kena belasah pula dengan pihak polis. Semoga anggota polis itu ambil pengajaran dari situasi ini dan lebih berhati-hati.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas