Connect with us

Oh! Media

Niat Nak Rakam Kereta Mercedes Klasik, Lelaki Ini Terkejut Lihat Pemandunya

Oh! Tidak

Niat Nak Rakam Kereta Mercedes Klasik, Lelaki Ini Terkejut Lihat Pemandunya

Tidak boleh disangkal lagi di negara ini, terdapat segelintir golongan yang mempunyai minat terhadap sebuah kereta lama serta klasik.

ADVERTISEMENT

BACA: Daun Pandan Boleh Halau Lipas Dalam Kereta? Ini Penjelasan Pakar

Walaupun ia seperti sebuah besi lama, tetapi jika dijaga dan diubah suai pastinya memiliki nilai tinggi dalam pasaran.

Mungkin itulah salah satu yang terlintas di hati empunya kereta antik. Mereka sanggup berhabis ratusan ribu semata-mata ingin kereta mereka sebaris dengan kenderaan moden kini.

Jika ia berada di atas jalan raya pula, sudah pasti mata orang ramai tidak terlepas dari memandang pada badan kereta yang sememangnya nampak unik.

Nak rakam kereta Mercedes klasik, sekali..

Baru-baru ini, seorang lelaki turut menghadapi kejadian sama apabila terlihat sebuah kenderaan jenama Mercedes klasik di atas jalan raya.

Oleh sebab reka bentuknya yang dikira unik, dia bersama rakannya itu cuba mengejar kereta itu bagi membolehkan rakannya merakam kenderaan tersebut.

Selepas berjaya mengejar dan merakam, alangkah terkejutnya apabila kereta klasik tersebut dipandu sendiri oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan atau Tok Mat.

Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman Facebook milik Rizz Mahadi yang dikongsikan di dalam kumpulan bernama Kereta Sebelum Tahun 2000 Official.

Minat tengok kereta. Saja ikut sekali tokmat da.

Menerusi video berdurasi 17 saat itu, kelihatan Tok Mat yang menyedari dirinya dirakam turut melemparkan senyuman kepada pemuda berkenaan.

Netizen beri pelbagai reaksi

Selain itu, video tersebut juga telah berjaya menarik perhatian netizen dalam kumpulan tersebut yang rata-ratanya meminati kereta Mercedes klasik itu.

Lebih-lebih lagi ia dipandu oleh seorang bekas Menteri Besar, Tok Mat yang dikenali sebagai seorang menteri yang berjiwa rakyat dan gemar menolong golongan yang memerlukan.

Setakat ini, perkongsian itu telah mendapat lebih daripada 2,000 tanda suka dan sebanyak 123 orang telah memberikan komen.

Kredit: Facebook Rizz Mahadi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top