Connect with us

Oh! Media

Niat Nak Keluarkan Duit, Sekali ‘Terkurung’ Dalam Bank

Trending

Niat Nak Keluarkan Duit, Sekali ‘Terkurung’ Dalam Bank

Mesin Juruwang Automatik (ATM) merupakan peranti telekomunikasi berkomputer yang menyediakan pengeluaran wang kepada pelanggan tanpa memerlukan bantuan manusia.

ADVERTISEMENT

BACA: Individu Kongsi Detik Cemas, Kereta Dipandu Warga Asing Rempuh Bank

Beberapa cawangan ATM juga beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 11.55 malam yang mana ia tidak boleh diakses di luar waktu disebabkan penggunaan pintu pagar automatik.

Sebagai info, pintu ruangan pada mesin ATM di mana-mana bank juga akan tertutup secara sendiri apabila sudah melewati jam 12 malam.

Oleh sebab itu, terdapat juga kejadian sebelum ini pernah berlaku apabila beberapa individu yang pernah terperangkap dalam bank dan hanya boleh keluar keesokan harinya.

Seorang penghantar makanan terperangkap dalam bank

Perkara sama juga turut berlaku kepada seorang pemuda berusia 18 tahun apabila dirinya terperangkap dalam sebuah bank di Tanjong Karang, Kuala Selangor, malam tadi.

Individu tersebut yang juga merupakan seorang penghantar makanan dilaporkan telah ‘terkurung’ selama 15 minit di bahagian ATM selepas pintunya terkunci secara automatik.

Menurut laporan Kosmo, kejadian dikatakan berlaku kira-kira 12.31 tengah malam tadi semasa remaja tersebut ingin mengeluarkan sejumlah wang.

Mangsa yang terperangkap dalam bank
Sumber: Kosmo!

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.41 pagi.

Menurutnya, seramai empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Tanjong Karang telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba seminit selepas menerima panggilan.

Berdasarkan maklumat awal mendapati mangsa datang ke bank tersebut bagi mengeluarkan wang dari mesin ATM tersebut dan kemudiannya pintu di ruangan mesin ATM itu terkunci secara automatik.

Tambahnya lagi, proses mengeluarkan mangsa dari kawasan tersebut berjaya tanpa berlakunya sebarang kecederaan terhadap mangsa.

Pasukan bomba kemudiannya menghubungi pihak bank sebelum mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dengan bantuan daripada pegawai bank tersebut.

Norazam Khamis berkata, tiada sebarang kerosakan pada pintu automatik tersebut dan operasi mengeluarkan mangsa tamat pada pukul 12.46 pagi.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas