Connect with us

Oh! Media

Niat Mahu ‘Educate’ Cara Pam Susu, Wanita Ini Terima Komen Berbaur Lucah

Trending

Niat Mahu ‘Educate’ Cara Pam Susu, Wanita Ini Terima Komen Berbaur Lucah

Sudah menjadi lumrah sebagai seorang ibu bagi mendalami ilmu-ilmu tentang penyusuan lebih-lebih lagi mereka yang sudah mempunyai cahaya mata.

ADVERTISEMENT

BACA: Netizen Berpendapat Sari Yanti Pilihan Paling Tepat Jadi Ibu Susuan Ayash Affan?

Ilmu pengetahuan itu sedikit sebanyak boleh didapati dengan melayari internet serta beberapa pakar yang berkebolehan mengulas akan perkara tersebut.

Sejak akhir-akhir ini juga, aplikasi seperti TikTok semakin menjadi pilihan masyarakat bagi menyampaikan ilmu yang bermanfaat buat kita semua.

Kongsi ilmu tentang pam susu

Perkara itu turut mendapat perhatian daripada seorang Kaunselor Laktasi Bertauliah, Puan Nad Mashrom yang telah berkongsikan ilmu mengenai susu ibu kepada para pengikutnya.

Menerusi hantaran di laman TikToknya, beliau telah mengajarkan cara untuk mengepam susu ibu serta sedikit ilmu tentang perkara tersebut.

Diserang komen berbaur lucah

Dalam pada dirinya yang berniat ingin menyampaikan ilmu tersebut, terdapat pula beberapa individu yang bertindak menyerang ruangan komennya dengan ayat yang berbaur lucah.

Lebih mengejutkan, beliau terus menerima komen tidak senonoh itu walaupun dirinya sudah mengenakan pakaian yang menutup aurat serta pertuturan yang sopan.

Hal itu diluahnya pada laman Twitternya memaparkan beberapa tangkap layar komen daripada netizen yang bertindak meninggalkan komen yang tidak sepatutnya.

Hanya untuk educate ibu-ibu cara guna pam, saya dikatakan tak malu. Ada juga yang minta nak ‘tengok’.

Melucahkan penyusuan is not cool bro. Semua nak dilucahkan. Kesian kat mak korang. Lupa ke kita semua disusukan oleh mak kita dulu?

Disuruh berhenti bagi menjaga maruah wanita

Menerusi hantaran yang lain, beliau turut menyatakan bahawa dirinya pernah disuruh untuk berhenti membuat video seperti itu bagi memelihara maruah wanita.

Namun, dia hanya ingin berkongsikan perkara itu bagi membantu para ibu yang pernah gagal seperti dirinya dan bukan mahu meraih populariti semata-mata.

Beliau juga turut pernah mendapatkan pendapat daripada orang lain dan telah dinasihati supaya menutup ruangan komen setiap kali memuat naik video.

Tambahnya lagi, beliau memohon maaf jika videonya telah mengundang fitnah dan akan perbaiki content-nya bagi mengajar perkara asas sahaja.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar beliau sentiasa kuat menghadapi dugaan serta tidak patah semangat dalam berkongsikan ilmu pengetahuan.

Kredit: Twitter nadmasrom I TikTok nadmasrom

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas