Connect with us

Oh! Media

Niat Bantu Ringankan Hukuman Abang Punya Pasal, Wanita Rugi RM140k

Trending

Niat Bantu Ringankan Hukuman Abang Punya Pasal, Wanita Rugi RM140k

Seorang guru sambilan yang berniat untuk membantu mengurangkan hukuman dalam kes pengedaran dadah terhadap abangnya mengalami kerugian sehingga RM140,000.

ADVERTISEMENT

BACA : Kucing ‘Scottish’ Punya Pasal, Guru Tadika Rugi RM69,030

Menurut laporan Berita Harian, hal ini terjadi selepas dia terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai seorang polis kononnya ingin membantu dalam hal itu.

Mangsa yang merupakan wanita berusia 38 tahun itu mula sedar yang dirinya telah ditipu dan terus membuat laporan polis selepas ‘scammer’ berkenaan meminta membuat bayaran tambahan sehingga RM50,000. 

Kejadian berlaku di Johor Bahru pada 11 November lepas ketika suspek datang ke rumahnya dengan menaiki sebuah kereta yang mempunyai lambang polis dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat.

Suspek meminta pengesahan, sama ada mangsa mengenali seorang lelaki iaitu abang kepada mangsa yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pengedaran dadah.

Kemudian, suspek mengarahkan mangsa berhubung dengan seorang lelaki lain yang dikenali sebagai Tuan Nazri dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menerusi talian.

Selang beberapa minit kemudian, mangsa menghubungi suspek kedua dan dimaklumkan sekiranya ingin mengurangkan hukuman terhadap abangnya sebagai syarat mangsa perlu membuat bayaran sebanyak RM100,000 ke akaun yang diberikan.

Mangsa juga telah membuat transaksi sebanyak RM40,000 pada hari yang sama setelah diminta suspek. Mangsa kemudiannya pergi ke IPK Johor dan berhubung dengan suspek kedua, tapi tiada sebarang jawapan.

Selang beberapa hari, suspek menghubungi mangsa dan memintanya untuk membuat pembayaran tambahan berjumlah RM 50,000, namun mangsa enggan membuat sebarang bayaran kerana mengesyaki dirinya ditipu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan. Hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya akan dikenakan sekiranya disabitkan kesalahan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas