Connect with us

Oh! Media

Netizen Tak Dapat Terima Hakikat, Lagu BTS Dipilih Pada Final Euro 2020

Oh! Tidak

Netizen Tak Dapat Terima Hakikat, Lagu BTS Dipilih Pada Final Euro 2020

Baru-baru, Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah mencalonkan beberapa buah lagu yang membolehkan peminat mengundi lagu yang dipilih untuk dikumandangkan pada final Euro 2020. Pengundian itu dibuat melalui hantaran pada laman rasmi bola sepak Euro 2020 di laman Twitter.

ADVERTISEMENT

Terdapat empat buah lagu telah tercalon untuk diundi iaitu Butter (BTS), Kill My Mind (Louis Tomlinson), Bad Guy (Billie Eilish) dan Yeah (Usher). Namun, selepas proses pengundian, lagu Butter dipilih selepas mendapat undian sebanyak 47% dengan mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu Kill My Mind dengan undian sebanyak 44%.

Undian menunjukkan lagu Butter dipilih untuk didendangkan pada final Euro 2020 selepas memenangi undian yang dikeluarkan UEFA.

Dilaporkan juga seramai 4.1 juta orang telah turut serta mengundi dan hampir separuh darinya mengundi lagu daripada kumpulan Kpop itu. Ia adalah hasil daripada usaha ARMY yang merupakan kelab peminat BTS yang agresif melakukan kempen untuk memberikan undian.

Namun, pemilihan lagu Butter itu bagaimanapun mendapat respon tidak puas hati daripada netizen yang merupakan peminat setia bola sepak. Rata-rata mereka meluahkan rasa tidak puas hati selepas lagu tersebut terpilih dan melepaskan amarah mereka melalui media sosial.

Sehingga sekarang, kita dapat melihat penuh di seluruh platform media sosial yang mana netizen meluahkan rasa tidak puas hati serta menganggap lagu kumpulan Kpop itu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada dunia bola sepak.

Walaubagaimanapun, Menurut laporan Axello.net, pengerusi ARMY cawangan Kedah, Afiq Rowley turut menyifatkan pemilihan lagu tersebut merupakan sebuah kejayaan bagi orang Asia selepas lamanya muzik Asia hanya dipandang rendah.

Kejayaan ini bukan sahaja milik ARMY, tapi kejayaan muzik Asia. Setelah bertahun tahun lamanya muzik Asia hanya dipandang sebelah mata

Berhubung dengan pemilihan itu, netizen dilihat menyerang akaun rasmi BTS dan menzahirkan perasaan tidak puas hati mereka. Rata-rata komen yang ditinggalkan adalah bentuk kecaman dan menyatakan lagu tersebut sangat tidak sesuai sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat BTS.

Memetik pada Allkpop, salah seorang ARMY tampil mempertahankan kumpulan Kpop kesukaannya selain tidak memahami mengapa netizen begitu membenci BTS sehingga begitu taksub untuk mengecam mereka.

Kredit: AllKpop

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas