Connect with us

Oh! Media

“Kalau Tak Nak Hadap Pesakit Pukul 2-3 Pagi Jangan Jadi Doktor” – Netizen

Oh! Tidak

“Kalau Tak Nak Hadap Pesakit Pukul 2-3 Pagi Jangan Jadi Doktor” – Netizen

Semalam heboh di Twitter, katanya ada seorang doktor telah memuat naik status kerana tidak puas hati apabila dia diminta untuk on call pada pukul 3 pagi.

Selepas sahaja tweet itu di siarkan di laman sosial Twitter, doktor itu dikatakan telah diserang oleh ribuan netizen di Twitter yang kurang bersetuju dengan kata-katanya itu dan meminta beliau untuk menghormati etikanya sebagai seorang doktor.

Tak nak hadap patient 2-3 pagi jangan jadi doktor. Tak sanggup berpanas berhujan jangan jadi polis, bomba, atau askar. Bila dah pilih jangan banyak bunyi.

Sakit ni tak kira waktu. 6-7 bulan dah sakit but boleh jadi sakit tak boleh di bendung dan terpaksa ke hospital pukul 3-4 pagi. Patient pun tak pinta sakit datang waktu tengah tidur.

Kalau jaga patient tu kalau boleh jaga macam ahli keluarga sendiri. Niat yang baik saja kerana kita mungkin tak berpeluang jaga ibu ayah kita. – Kata individu-individu di Twitter.

Berang dengan tweet yang disiarkan oleh doktor tersebut, rata-rata pengguna Twitter dikatakan telah bertindak untuk melaporkan perlakuan doktor itu kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).

Selepas aduan itu di buat, dalam beberapa jam sahaja doktor itu dipercayai telah dipanggil oleh Pengurusan Sumber Manusia (HR), hospital tempatnya bertugas.

Doktor tersebut dikatakan telah pun memadam Tweet tersebut dan turut memohon maaf kepada pengguna-pengguna Twitter yang kurang senang dengan kata-katanya itu.

Apapun bagus juga bila benda macam ni terjadi, setidak-tidaknya dapat juga memberi peringatan kepada orang-orang di luar sana untuk sentiasa berhati-hati apabila berkongsi sesuatu di laman sosial.

Kredit: @Peghokpekat

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top