Connect with us

Oh! Media

“Boleh Pula Melawak Benda B*doh Macam Ni” – Netizen

Trending

“Boleh Pula Melawak Benda B*doh Macam Ni” – Netizen

Kes dakwaan salah laku seks yang membabitkan Da’i Syed seolah-olah dianggap remeh oleh segelintir netizen apabila ada diantara netizen yang seolah-seolah seperti mahu menyalahkan mangsa didalam kes ini.

ADVERTISEMENT

Di Twitter, seorang lelaki yang dikenali sebagai Indra (@indragondi) telah memuat naik beberapa gambar screenshoot yang memaparkan perbualan diantara tiga netizen yang dilihat seperti menyalahkan mangsa-mangsa Da’i Syed.

Tweet itu telah mendapat perhatian ramai netizen di laman Twitter apabila Indra turut meluahkan rasa jijik selepas melihat perbualan tiga netizen tersebut.

Betul ke salah, tuduhan rogol is serious. Boleh pulak nak melawak bodoh macam ni. – Tulis Indra di Twitter.

Tweet itu juga dikatakan telah mendapat lebih 5,000 ‘retweet’ dan lebih 10,000 tanda ‘like’ di Twitter. Rata-rata netizen di laman Twitter juga turut meluahkan rasa marah mereka di ruang komen.

Sejam selepas tweet itu disiarkan, Indra telah menerima mesej (DM) daripada salah seorang netizen yang dikatakan ingin memohon maaf diatas perbuatannya itu.

Hmmm, sebab tulah orang cakap kalau tak ada benda baik nak dicakap, lebih baik kita diam.

Kredit: @indragondi

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas