Connect with us

Oh! Media

Netizen Korek Identiti ‘Amoi Pizza’, Rupanya Ada Kisah Sedih Disebaliknya

Trending

Netizen Korek Identiti ‘Amoi Pizza’, Rupanya Ada Kisah Sedih Disebaliknya

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita yang menimbulkan kekecohan selepas pizza yang dipesannya tidak dapat disediakan.

ADVERTISEMENT

BACA: 5 Sebab Mengapa Pizza Menjadi Pilihan Berbuka Rakyat Malaysia

Seorang pekerja restoran itu kemudiannya datang ke kaunter untuk menjelaskan bahawa oven mereka telah rosak akibat disambar petir.

Namun, wanita berkenaan yang dilihat tidak dapat menerima kenyataan mula bertanya berulang kali dan tetap berkeras untuk mendapatkan pizza berkenaan.

https://twitter.com/ohtweet/status/1432739939611938820?s=21

Video itu bagaimanapun telah mendapat perhatian netizen selain turut terhibur dengan suara wanita berkenaan yang seakan-akan sengaja menegangkan situasi.

Netizen korek identiti

Walaubagaimanapun, disebalik kekecohan yang dibuat oleh wanita berkenaan, rupanya terdapat kisah sedih disebaliknya selepas didedahkan oleh seorang individu.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang pengguna laman Facebook mengenai identiti wanita tersebut yang mengubah perasaan marah netizen kepada simpati.

Individu yang bernama Saluddin Ismail itu berkata, hasil penyelidikan akaun Facebook milik pelanggan tersebut mendapati wanita berkenaan merupakan seorang pensyarah di sebuah Universiti.

Beliau merupakan seorang pensyarah di Fakulti Teknologi Informasi dan Maklumat di Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar, Perak, dan memiliki ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Selain itu, terdapat banyak juga foto makanan yang dikongsikan oleh wanita berkenaan yang mungkin menjadi kesukaan beliau bersama beberapa foto rakan sekerja.

Lebih menarik, terdapat juga beberapa gambar dengan tandatangan beberapa pemain badminton negara seperti Datuk Lee Chong Wei.

Terpalit dengan kisah sedih

Menurut pengguna Facebook itu, terdapat beberapa status sedih dan foto muka beliau mengalami kecederaan serta laporan polis yang menyatakan beliau dipukul bapanya kerana membeli tiket wayang.

Selain itu, terdapat juga satu laporan polis yang menyatakan kereta beliau cuba diambil oleh seorang lelaki kerana didakwa merupakan kereta orang lain.

Ada juga satu laporan polis yang mengatakan kereta beliau cuba di ambil oleh seseorang kerana lelaki itu memaklumkan bahawa itu adalah kereta milik orang lain.

Mungkin seorang pesakit Artritis

Menurutnya lagi, berdasarkan beberapa hantaran dan foto yang dikongsikan, berkemungkinan beliau merupakan seorang pesakit artritis.

Mungkin seorang pesakit Artritis atau kelainan upaya ( berpandukan keadaan fizikal beliau di dalam gambar).

Walaubagaimanapun, pengguna Facebook itu berkata bahawa terdapat banyak lagi peristiwa yang berlaku pada dirinya yang tidak kita ketahui.

Banyak cerita dan peristiwa telah berlaku pada dirinya yang kita tidak tahu menyebabkan beliau berkeadaan begini sekarang.

Untung nasib manusia tidak sama, ada yang gembira dan ada juga yang berduka. Hanya mereka sendiri yang tahu apakah cerita duka dalam perjalanan hidup mereka.

Perkongsian yang dimuat naik itu telah mendapat perhatian daripada netizen selain turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan.

Setakat ini, hantaran yang dikongsikan itu telah mencapai lebih daripada 4,000 perkongsian dan tanda suka.

Kredit: Facebook Saluddin Ismail I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas