Connect with us

Oh! Media

Netizen Dakwa Anggota Polis Cedera Kerana Unsur Sabotaj, Asisten Komisioner Noorzainy Beri Amaran

Oh! Tidak

Netizen Dakwa Anggota Polis Cedera Kerana Unsur Sabotaj, Asisten Komisioner Noorzainy Beri Amaran

Baru-baru ini tular di sosial media mengenai satu insiden yang menimpa anggota polis apabila dia dikatakan telah cedera di leher selepas melalui Kilometer 129.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Plaza Tol Sungai Dua, pada Ahad lepas. 

ADVERTISEMENT

Anggota berusia 24 tahun yang dirawat sebagai pesakit luar itu dikatakan cedera pada leher selepas terkena tali tangsi yang melintang di laluan kiri jalan.

Kecederaan dileher yang dialami oleh anggota polis berkenaan.

Berikutan itu netizen dikatakan telah membuat andaian jika telah wujud unsur sabotaj daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Disebabkan oleh itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara telah memberi peringatan kepada netizen agar tidak buat spekulasi yang boleh menimbulkan panik masyarakat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor Noorzainy berkata, siasatan mendapati tiada unsur sabotaj dalam kes itu, sebaliknya pihaknya menjumpai tali tangsi berselerak atas rumput di baju kiri jalan yang tidak diikat pada mana-mana objek.

Melalui siasatan, ia bukan unsur sabotaj sebaliknya tali layang-layang yang dipercayai terputus dan terjatuh ke kawasan lebuh raya terbabit.

Temu bual dengan anggota peronda PLUS yang bertugas pada hari kejadian memberitahu, kejadian itu pertama kali dilaporkan di lebuh raya berkenaan dan percaya ia adalah tali layang-layang terputus.

Dia dan rakan setugas kemudian mengesan objek di tempat kejadian dan menjumpai tali tangsi dari atas pokok dekat susur keluar Sungai Lokan hingga ke bahu kiri lebuh raya. – Katanya.

Tali layang-layang yang ditemui.

Menurutnya lagi, tindakan diambil oleh pengurusan lebuh raya itu dengan mengeluarkan tali terbabit bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Noorzainy berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, anggota terbabit dalam perjalanan pulang dari Hospital Bukit Mertajam ke IPD Seberang Perai Utara untuk menghantar gari dengan menunggang motosikal di lorong kiri.

Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi, dia merasakan lehernya tersangkut suatu benda yang melintang di atas jalan dan lehernya terluka.

Dia berhenti untuk buat pemeriksaan dan menemui tali tangsi sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas. – Katanya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top