Connect with us

Oh! Media

Netizen Curiga Bilik Siasatan Jenayah Narkotik Terbakar, Ini Penjelasan Polis

Trending

Netizen Curiga Bilik Siasatan Jenayah Narkotik Terbakar, Ini Penjelasan Polis

Semalam, viral di media sosial video sebuah bilik siasatan jenayah narkotik di tingkat empat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di Pulau Pinang yang teruk terbakar. Menurut laporan, kejadian berlaku lebih kurang jam 7.45 pagi.

ADVERTISEMENT
https://twitter.com/SelwamNewsMPB/status/1353509146876813312

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran tersebut kira-kira jam 8.15 pagi selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.55 pagi. Namun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan. Menurut Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Muhammad Tarmizi Md Jaafar, kebakaran tersebut telah memusnahkan kira-kira 40% dari keseluruhan harta benda.

“Ketika tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan bilik siasatan di tingkat empat. Kebakaran kira-kira 40 peratus itu memusnahkan fail, komputer dan peralatan pejabat termasuk foto.” – katanya.

Walaupun kebakaran dah berjaya dikawal, namun ada pula suara-suara dari netizen yang curiga macam mana bilik tersebut boleh terbakar? Banyak-banyak bilik, bilik siasatan juga yang terbakar. Dah lah banyak dokumen penting dan bukti siasatan dalam tu.

Tak kurang juga ada yang kaitkan dengan rampasan dadah terbesar yang pernah berlaku di negara kita sepanjang hujung tahun lepas dan awal tahun ini. Ikutkan logik, mesti bukti dan laporan siasatan ada dalam bilik tu, kan?

Tidak berdiam diri, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACCP Soffian Santong telah keluarkan kenyataan bagi menjawab isu berkenaan. Menurut beliau, insiden kebakaran tersebut tidak melibatkan kemusnahan sebarang dokumen penting penyiasatan. Bahkan, isi kandungan dokumen yang penting pun dah diupload dalam sistem maklumat PDRM sebelum ini.

“Insiden kebakaran ini tidak melibatkan kemusnahan dokumen-dokumen penting penyiasatan termasuk barang-barang kes serta tidak menjejaskan sama ada kes yang masih dalam siasatan ataupun kes yang sedang dalam perbicaraan di mahkamah.” – tulisnya.

Beliau juga meminta orang ramai supaya berhenti buat andaian sendiri yang kononnya insiden ini sengaja dilakukan bagi menghapuskan bahan bukti. Jadi harapnya dengan penjelasan ini, netizen semua jelas lah ya.

Kredit: Harian Metro, Twitter Selwam Arjunan

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas