Connect with us

Oh! Media

(Video) “Baru Dapat Gaji Lah Tu”, Netizen Bingung Babi Masuk Mall

Trending

(Video) “Baru Dapat Gaji Lah Tu”, Netizen Bingung Babi Masuk Mall

Alahai, tak tahu nak gelak ke, nak terkejut ke bila tengok video yang viral di Twitter. Ada babi dalam mall! Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku tengah hari tadi di sebuah kedai menjual peralatan sukan dekat shopping mall Alamanda.

ADVERTISEMENT

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Shaari Abdullah mengesahkan pihaknya dapat panggilan kecemasan dan bergegas ke lokasi. Pihak bomba telah menghantar 8 anggota bomba dengan dua jentera dan satu kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk beri bantuan.

Waktu mereka sampai, haiwan tersebut masih lagi sibuk ‘jalan-jalan’ dalam kedai alat sukan tersebut. Amboi, seronok ya cuci mata tengok jersey. Menurut sumber, haiwan tersebut mungkin dah tersesat dan masuk dalam mall. Yang peliknya, macam mana boleh masuk ya?

“Anggota bomba berjaya menghalau haiwan liar itu keluar dan menuju ke arah padang ragbi berdekatan pusat beli belah berkenaan. Kes itu diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan selanjutnya.” – katanya.

Rata-rata netizen ramai yang terkejut dengan hal tersebut. Ada yang bergurau kata babi nak shopping baju, tak kurang juga yang kaitkan dengan kelonggaran baru dalam tempoh PKPB.

Boleh jadi juga itu sign supaya semua orang kena lebih hati-hati lepasni. Yelah, esok kan dah boleh rentas daerah dan negeri. Mesti ramai yang dah plan nak keluar, kan? Jadi, jagalah diri anda dan patuh pada SOP ya. Bukan setakat takut dengan Covid-19, kena takut juga dengan haiwan liar yang mungkin berkeliaran macam kes yang ini.

Kredit: Harian Metro, Twitter MalaysiaGazette

OHMEDIA : SELAIN DARI HAIWAN LIAR, KENA JAGA-JAGA JUGA DENGAN BUAYA DARAT. SEKARANG DAH MAKIN BANYAK HEHE.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas