Connect with us

Oh! Media

Nenek Jual Dua Orang Cucu Demi Sesuap Nasi?

sesuap nasi

Trending

Nenek Jual Dua Orang Cucu Demi Sesuap Nasi?

Kejadian di Afghanistan, dua orang kanak-kanak perempuan terpaksa dijual oleh neneknya demi sesuap nasi akibat dari krisis kebuluran terburuk yang berlaku di Afghanistan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Semalam Ziarah Cucu, Hari Ini Suami Pula Tinggalkan Kami”

Menerusi laporan Harian Metro, dua anak yatim yang berasal dari wilayah Ghor ini telah dijual pada harga 50,000 Afghan, bersamaan RM2,270.

Dijual demi kelangsungan hidup

sesuap nasi
Dua beradik yang dijual (Foto: Harian Metro)

Ketua Unit Media pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Afghanistan, Ehsas Welfare And Social Services Organization, Baish Khan Shasaq, 25, telah mendedahkan perkara ini ketika dia menghulurkan bantuan di daerah tersebut.

Menurutnya, kemiskinan melampau yang melanda keluarga dua orang puteri kecil ini yang berusia lima dan tujuh tahun itu yang membuatkan mereka dijual.

Saya terkejut menerima maklumat penduduk di kampung pedalaman itu berhubung tindakan nenek dua kanak-kanak terbabit yang mahu menjual dua cucunya.

Difahamkan ayah kanak-kanak itu meninggal dunia tahun lalu dan kanak-kanak malang terbabit tinggal bersama ibu dan neneknya.

Mungkin ada menganggap ia tindakan zalim namun kemiskinan tegar dialami jutaan penduduk Afghanistan memungkinkan pelbagai perkara di luar jangkaan. Keluarga itu terlalu lapar dan tiada makanan tersisa di rumah.

Pihak NGO Afghanistan berjaya menghalang proses jual beli itu dan memberi bantuan kepada keluarga tersebut. Mereka cuba untuk menempatkan dua orang kanak-kanak ini di rumah penjagaan anak-anak yatim.

Kisah seperti ini sudah beberapa kali berlaku di Afghanistan dek kerana krisis ekonomi negara yang tidak dapat dielakkan. Mereka bukannya sengaja mahu menjual anak-anak mereka tetapi terpaksa melakukannya kerana mahu meneruskan hidup.

Semoga kejadian seperti ini tidak terkena kepada keluarga atau kenalan kita. Sama-sama kita membantu mereka yang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. Apabila kita meringankan beban orang, pasti Allah akan bantu meringankan beban kita.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas