Connect with us

Oh! Media

Nenek Cucuh Ubat Nyamuk, Sepak Cucu OKU Berusia 5 Tahun Hingga Pecah Usus

Trending

Nenek Cucuh Ubat Nyamuk, Sepak Cucu OKU Berusia 5 Tahun Hingga Pecah Usus

Selalunya kalau kita cakap tentang peribadi seorang nenek atau datuk, confirm kita akan kaitkan dengan sifat lembut dan penyayang. Lagi-lagi bila melibatkan hal cucu.

ADVERTISEMENT

Berbeza dengan seorang nenek di Kampung Sungai Chincin, Gombak, suspek dipercayai telah mendera cucu saudaranya yang berusia 5 tahun sehingga mati. Menurut laporan polis yang dibuat ibu saudara mangsa, dia telah ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu pada 30 Disember lalu.

Bila call pihak ambulans untuk datang, mangsa telah disahkan meninggal dunia. Hasil bedah siasat oleh doktor pakar Bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur juga mendapati yang punca kematian adalah kerana usus dalaman mangsa yang telah pecah.

“Berdasarkan keputusan bedah siasat itu, polis menahan enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 55 tahun termasuk suspek utama yang juga nenek saudara mangsa untuk siasatan lanjut.” – Ketua Polis Daerah Gombak

Sebelum mangsa meninggal pun, memang ada dia mengadu dekat ibu saudaranya yang dia sakit perut dan muntah-muntah. Bahkan siasatan awal pihak polis juga mendapati yang mangsa ada sejarah penyakit lebihan cecair pada otak sejak lahir. Dekat bahagian badan mangsa pun ada kesan parut lama dipercayai dicucuh ubat nyamuk yang dibakar.

Kalau korang nak tahu, mangsa sebenarnya merupakan seorang kanak-kanak OKU. Mangsa tak boleh jalan dengan sempurna, nak bergerak pun kena merangkak. Bukan itu je, mangsa juga tiada deria rasa kalau nak buang air kecil atau besar.

Mangsa telah dibesarkan oleh nenek saudaranya itu sebab ibu dan ayahnya dah berpisah pada tahun 2017. Ayahnya yang tinggal bersama pun tak perasan sebab bekerja dan jarang ada di rumah. Tak sangka pulak nenek dia buat macam tu. Semoga ada balasan yang setimpal atas perlakuan kejam tersebut.

Kredit: Twitter Mohd Redzuan Abdul Manap, Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas