Connect with us

Oh! Media

NASA Dakwa Kapal Angkasa Mereka Berjaya Celup Masuk Matahari 3 Kali?

nasa

Trending

NASA Dakwa Kapal Angkasa Mereka Berjaya Celup Masuk Matahari 3 Kali?

Biar betul kapal agkasa boleh tahan dengan panas matahari? Itulah apa yang didakwa pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) apabila kapal angkasa mereka berjaya masuk ke dalam matahari. Kapal angkasa jenis Parker Solar Probe itu melakukan sentuhan pada April lalu selepas ia berjaya memasuki atmosfera suria.

ADVERTISEMENT

Itu merupakan satu pencapaian yang belum pernah dilakukan. Atmosfera matahari itu dikenali sebagai korona iaitu pada jarak 12 juta kilometer dari atas matahari.

Memetik laporan Mail Online, NASA melakukan pendekatan ke lapan yang akhirnya berjaya melepasi atmosfera matahari. Kapal angkasa itu turut berjaya menahan suhu 1,298 Celsius dan radiasi 500 kali ganda lebih kuat berbanding bumi.

Berjaya celup masuk dan keluar dari korona sebanyak tiga kali

Parker Solar Probe yang menyentuh matahari ialah satu detik bersejarah sekali gus pencapaian yang benar-benar luar biasa.

Peristiwa penting ini bukan hanya memberi kita gambaran yang lebih mendalam tentang evolusi matahari dan impaknya terhadap sistem suria, malah semua yang kita pelajari tentang bintang ini juga mengajar kita lebih banyak tentang bintang-bintang di cekerawala. – Kata Thomas Zurbuchen, Direktorat Misi Sains NASA.

Selepas kapal angkasa itu berjaya melakukan celupan ke dalan korona sebanyak tiga kali, pergerakannya masih berjalan lancar.

Berapa kos untuk misi celup matahari agaknya?

Berdasarkan sumber, NASA perlu menghabiskan sebanyak AS$1.5 bilion (RM6.34 bilion) untuk jayakan misi ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas