Connect with us

Oh! Media

Nama Digunakan Untuk Aktiviti Jenayah, Tengku Zafrul Beri Maklum Balas

Oh! Tidak

Nama Digunakan Untuk Aktiviti Jenayah, Tengku Zafrul Beri Maklum Balas

Baru-baru ini, terdapat sebuah kejadian membabitkan seorang wanita yang menjadi mangsa scammer oleh seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Menteri Kewangan.

ADVERTISEMENT

BACA: Beri Email Yang Mengelirukan, Pos Malaysia Dedah Taktik Terbaharu ‘Scammer’

Wanita berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika itu telah mengalami kerugian sebanyak RM4,200 selepas terpedaya dengan janji-janji manis seorang lelaki.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof, mangsa mula berkenalan dengan suspek menerusi laman Facebook awal bulan ini.

Suspek menggunakan nama Facebook Tengku Zafrul dan memperkenalkan diri sebagai Menteri Kewangan selain turut menghantar mesej kepada mangsa melalui WhatsApp.

Tabur janji-janji manis, berjanji akan berkahwin dengan mangsa

Kata Wazir, suspek juga turut berjanji akan memberikan pelbagai barang berharga kepada mangsa jika bersetuju untuk berkahwin dengannya.

Suspek berjanji untuk memberikan wang sebanyak RM1 juta dan sebuah kenderaan jenis Rolls-Royce kepada mangsa jika bersetuju untuk berkahwin dengannya.

Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof.

Selain itu, mangsa juga turut terpedaya selepas suspek memintanya untuk berurusan dengan individu bernama Siti yang didakwa sebagai pengurus bank Tengku Zafrul.

Lebih mengejutkan, dia yang berjanji akan berkahwin dengan mangsa turut meminta sejumlah wang bagi membiayai yuran perkahwinan mereka.

Sedar diri ditipu, wanita tersebut nekad membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri, keluarga serta hartanya.

Nama digunakan, Tengku Zafrul titipkan nasihat

Berhubung dengan perkara itu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui terkejut dengan insiden seorang scammer yang menggunakan namanya untuk melakukan aktiviti jenayah.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, beliau menafikan perkara tersebut selain mengakui hatinya telah berpunya dan tidak sanggup lagi untuk mencari isteri kedua.

Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari nombor 2. ⠀⠀

Mengakhiri ulasannya, dia juga turut menitipkan nasihat agar orang ramai berhati-hati terhadap perkara itu dan jangan terlalu mudah percaya dengan janji-janji manis orang yang tidak dikenali.

Kredit: Kosmo! I Facebook Tengku Zafrul

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas