Connect with us

Oh! Media

Nama Anak Terlalu Panjang, Pasangan Tulis Surat Kepada Presiden Jokowi Minta Sijil Lahir

nama anak terlalu panjang

Oh! Tidak

Nama Anak Terlalu Panjang, Pasangan Tulis Surat Kepada Presiden Jokowi Minta Sijil Lahir

Ibu bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki telah menghadapi kesukaran untuk memperoleh sijil kelahiran anaknya disebabkan mempunyai nama anak terlalu panjang dengan 19 patah perkataan.

ADVERTISEMENT

BACA: Gadis Indonesia Didenda, Miliki dan Salah Guna Mykad Palsu Daftar MySejahtera

Sudah tiga tahun melahirkan seorang anak lelaki, Arif Akbar dan Suci Nur Aiysiah masih tidak memiliki sijil kelahiran anaknya kerana telah meletakkan nama yang begitu panjang. Nama penuh anaknya ialah Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta.

Nama timangan ‘Cordo’

nama anak terlalu panjang

Pasangan dari Jawa Timur ini meluahkan rasa bimbang kerana sehingga sekarang anaknya masih belum mempunyai sijil kelahiran kerana memiliki nama anak terlalu panjang. Mereka juga meyatakan bahwa mereka memanggil anaknya dengan nama timangan ‘Cordo’.

Saya sudah berjuang tiga tahun untuk mengurus dokumen kelahiran ke pejabat kerajaan, setiap kali datang, kami disuruh menunggu.

Sampai akhirnya, kami disuruh untuk mengganti nama anak.

Oleh sebab itu, pasangan suami isteri ini menulis surat terbuka kepada Presiden Jokowi bagi meluahkan masalah yang mereka hadapi. Menurut Mstar, isi di dalam surat tersebut meminta agar Jokowi dapat memberikan jalan penyelesaian dan nama anaknya tidak perlu ditukar.

Memang panjang betul nama anak mereka ini. Sanggup ke korang letak nama anak panjang macam ni?

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top