Connect with us

Oh! Media

Nak Tunai Umrah Kena Mahir Guna Telefon Pintar?

umrah

Trending

Nak Tunai Umrah Kena Mahir Guna Telefon Pintar?

Pelbagai syarat telah diletakkan bagi sesiapa yang mahu menunaikan umrah. Kini, antara persediaan yang perlu dilakukan oleh bakal jemaah adalah dengan memahirkan diri menggunakan telefon pintar.

ADVERTISEMENT

BACA: Nak Tunai Umrah? Penerima Dos Sinovac Perlu Dos Penggalak

Menurut Astro Awani, Ketua Pegawai Eksekutif TH TRavel & Services Sdn Bhd, Datuk Ruzman Ahmad Razali, hampir setiap pergerakan di Mekah memerlukan penggunaan aplikasi untuk mendaftar masuk di setiap kawasan.

Mesti ada telefon pintar

umrah

Menurut Datuk Ahmad, banyak aktiviti di Mekah akan memerlukan penggunaan aplikasi dan para jemaah bukan sahaja perlu mahir, tetapi harus memiliki peranti telefon pintar sendiri.

Dari segi penggunaannya, mungkin perlu dirujuk kepada orang yang lebih muda sekiranya tidak tahu menggunakan telefon.

Ini kerana, contohnya aktiviti tawaf, solat lima waktu di masjid, semua perlu tunjuk permit dan kad vaksinasi pada telefon masing-masing.

Itu yang perlu kita tahu dan terima dulu sebelum kita membayar caj umrah dan meneruskan perjalanan.

Beliau juga mengingatkan bakal jemaah untuk memilih ejen pelancongan yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan pihak berwajib.

Memang ada banyak ejen pelancongan, ada ribuan daripada mereka tetapi yang melesenkan umrah tidak terlalu banyak.

Jadi pilihlah yang ada lesen, kemudian kita perlu tengok kepada penerbangan yang terus, kerana travel bubble (gelembung perjalanan) ini tidak boleh ada penerbangan transit di mana-mana.

Tangguh dahulu ibadah

Datuk Ahmad juga menasihati orang ramai untuk tangguh menunaikan ibadah umrah jika belum bersedia untuk berdepan dengan pelbagai syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Hal ini kerana, pada masa akan datang, keadaan pasti akan bertambah baik dan syarat akan dilonggarkan.

Kalau kita rasa tidak bersedia atas apa jua sebab, lebih baik kita tunggu dulu sekejap dan tengok keadaan, saya yakin keadaan akan semakin bertambah baik.

Cuma yang bagusnya pergi awal ini, jemaah tidak ramai lagi, agak lapang sedikit tempat untuk kita bertawaf yang bagusnya orang tidak ramai.

Tetapi tidak bagusnya mungkin ada peraturan-peraturan ketat yang perlu kita patuhi.

Semuanya terletak pada individu sendiri, jika mahu menunaikan umrah pada waktu sekarang, jemaah perlulah mengikut SOP yang disediakan. Jika tidak mampu menuruti syarat yang ada, tangguh dahulu dan pergi di kemudian tahun.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas