Connect with us

Oh! Media

Nak Try Jadi Chef Di Rumah? Jom Cuba Hidangan Sama, Cara Lain. Korang Mesti Kagum Dengan Hasilnya!

Trending

Nak Try Jadi Chef Di Rumah? Jom Cuba Hidangan Sama, Cara Lain. Korang Mesti Kagum Dengan Hasilnya!

Dalam tak sedar, kita dah semakin menghampiri penghujung Ramadan dan bakal bertemu dengan Syawal. Jika sebelum ni, kami kongsikan hidangan air yang wajib cuba untuk berbuka yang korang boleh baca kat SINI.

ADVERTISEMENT

Kali ni, kami nak share pula resepi masakan yang mudah dilakukan, korang boleh cuba sebagai hidangan berbuka atau semasa raya nanti. Mesti tetamu impress dengan masakan korang!

Bukan itu saja, kami juga nak share dengan korang moden twist pada masakan biasa, yang pasti membuatkan hidangan korang lebih istimewa. Jom kita try!

Hidangan Sama, Cara Lain

Resipi 1

Kari Ayam:

@boss.reen

Resepi Kari Ayam yang sangat mudah dan sedap. Hey @azahkumiko , what can you do with Chicken Curry? #fnresepi #seleraramadan

♬ original sound – Reen Aminuddin – Reen Aminuddin

Bahan-bahan

  • 1 ekor Ayam
  • 2 biji Bawang besar
  • 5 ulas Bawang putih 
  • 2 inci Halia
  • 3 sudu teh Serbuk kari
  • 2 sudu teh Serbuk cili
  • 1 sudu teh Serbuk Kunyit
  • Kayu manis, cengkih, bunga lawang
  • 1 susu besar Asam jawa
  • 2 biji Kentang
  • 3 sudu teh Gula
  • 2 sudu teh Serbuk perasa
  • 3 sudu teh Garam
  • 1 tin Susu Sejat F&N

Cara penyediaan

  • Langkah 1: Kisarkan bawang besar, bawan putih dan 
  • Langkah 2: Gorengkan bahan kisar sampai naik bau, kemudian letak daun kari, serbuk kari, kunyit dan cili. 
  • Langkah 3: Letakkan ayam, diikuti dengan cengkig, bunga lawang dan kayu manis. Gaul sekata kemudian tambahkan air.
  • Langkah 4: Masukkan gula, serbuk perasa, garam dan kentang. Tunggu sebentar kemudian tuangkan Susu Sejat F&N.
  • Langkah 5: Tunggu sehingga mendidih dan sedia untuk dihidang.

Pai Kari Ayam:

@azahkumiko

Thank you @boss.reen for tagging! Klasik kari ayam dgn ‘modern twist’, iaitu kari ayam pie menggunakan susu isian sejat F&N #FNResipi #seleraramadan

♬ original sound – azah ku mi ko – azah ku mi ko

Bahan-bahan

  • ½ hidangan Kari Ayam
  • Doh Pastri Short Crust
  • 800g Doh pastri short crust segera
  • 2 biji Kuning telur

Cara Penyediaan

  • Langkah 1: Keluarkan semua rempah keras dari kari.
  • Langkah 2: Siapkan doh pastri short crust, gulungkan 50g doh pastri menjadi bentuk bola, dan ratakan ke dalam acuan bulat 3 inci.
  • Langkah 3: Masukkan kari ayam ke dalam acuan, ratakan doh yang lebih, gunakan acuan biskut bulat dan potong saiz 3 inci bentuk bulat untuk menutup pai.
  • Langkah 4: Sapu kuning telur di atas doh pastri. Bakar pai dalam ketuhar 180C sehingga kuning keemasan
  • Langkah 5: Biarkan sehingga sejuk sebelum keluar dari acuan dan sedia untuk dihidang.

Resipi 2

Rendang Ayam (boleh ditukar kepada daging dengan resipi yang sama):

@malina_lina_pg

Rendang ayam tradisional dgn susu isian sejat f&n dah siap! Sekarang giliran @syiqinazrin utk dihipsterkan menjadi lasagna #FNResipi #SeleraRamadan

♬ original sound – Malina LiNa Pg – Malina LiNa Pg

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam/1kg daging ketul 
  • 25g Serbuk Rendang BABA’S
  • 150ml Minyak masak
  • 4 sudu besar Kerisik
  • 2 sudu kecil Pes asam, cairkan dengan 2 sudu besar air
  • 4 helai Daun limau purut
  • 2 helai Daun kunyit, potong nipis
  • 2 sudu kecil Garam
  • 2 sudu besar Gula pasir
  • 1 tin Susu Sejat F&N
  • 6 biji Bawang besar
  • 8 ulas Bawang putih
  • 2 inci Kunyit
  • 2 inci Halia
  • 2 inci Lengkuas
  • 6 batang Serai, bahagian putih sahaja
  • 200g Pes cili boh
  • 4 sudu besar Minyak masak

Cara penyediaan

  • Langkah 1: Kisar semua rempah menjadi pes.
  • Langkah 2: Panaskan periuk saiz sederhana dengan minyak, tumis rempah adunan selama 15 minit atau beraromatik dan pecah dari minyak. Masukkan Serbuk Rendang BABA’S dan masak selama 2 minit.
  • Langkah 3: Masukkan ayam/daging, masak dengan api kecil selama 30 minit, sehingga ayam/daging masak dan pes jadi kering.
  • Langkah 4: Masukkan kerisik, daun limau purut, daun kunyit, dan pes asam. Masak selama 2 minit.
  • Langkah 5: Masukkan Susu Sejat F&N, garam dan gula. Biarkan masak selama 15 minit sehingga kuah jadi pekat dan kering.
  • Langkah 6: Keluarkan dari api dan hiaskan dengan daun kunyit. 

Rendang Daging Lasagna:

@syiqinazrin

thank you @malina_lina_pg for tagging me! jom tengok acano saya nak hipsterkan rendang ni dengan Susu Isian Sejat F&N #FNResipi

♬ original sound – Syiqin Azrin – Syiqin Azrin

Bahan-bahan

  • 1 hidangan rendang daging

Cara penyediaan

  • Langkah 1: Untuk membuat sos bechamel, bermula dengan mencairkan mentega dalam periuk, masukkan lada hitam, tepung, dan biarkan masak selama 1 minit. Masukkan air, Susu Isian Sejat F&N, dan garam. Biarkan mendidih dan setelah pekat,keluar dari api.ketepikan.
  • Langkah 2: Lapiskan lasagna dimulai dengan rendang, sos bechamel, keju mozzarella,kemudian kulit lasagna, ulangkan langkah menjadi 5 lapisan
  • Langkah 3: Taburkan keju parmesan dan bakar di dalam ketuhar 180C selama 20 minit sehingga kulit lasagna menjadi lembut.
  • Langkah 4: Sedia untuk dihidang.

Resipi 3

Sate Ayam:

Bahan-bahan

  • 1 kg Peha / dada ayam
  • 80g Gula Melaka
  • 100g Gula pasir
  • 1 ½ sudu kecil Garam
  • ½ tin Susu Isian Sejat F&N BUY
  • 1 biji Bawang putih
  • 2 biji Bawang besar
  • 2 inci Halia
  • 3 batang Serai
  • 2 inci Lengkuas
  • 5g Serbuk Ketumbar BABA’S
  • 25g Serbuk Jintan Manis BABA’S
  • 10g Serbuk Jintan Putih BABA’S
  • 30g Serbuk Kunyik BABA’S
  • 3 inci Kunyit segera

Cara penyediaan

  • Langkah 1: Kisar rempah menjadi pes dengan Susu Isian Sejat F&N
  • Langkah 2: Potong ayam menjadi ketulan kecil.
  • Langkah 3: Perapkan ayam dengan semua rempah, dan bahan-bahan lain
  • Langkah 4: Biarkan di dalam peti sejuk semalaman
  • Langkah 5: Siapkan rendam kayu lidi dengan air, cucuk ayam ke dalam lidi.
  • Langkah 6: Goreng sate dengan minyak masak di dalam kuali sehingga kuning keemasan
  • Langkah 7: Nikmati sate ayam dengan kuah kacang

Sate Burger Ayam:

Bahan-bahan

  • 15 lidi sate ayam
  • 2 sudu besar kuah kacang sate

Hiasan

  • 5 batang Lemang NONA
  • 1 helai / burger Daun salad
  • 3 keping / burger Timun, dipotong keping
  • 3 keping / burger Bawang besar, dipotong keping

Cara penyediaan

  • Langkah 1: Keluarkan ayam dari lidi satay dan ketepikan.
  • Langkah 2: Belahkan separuh Lemang NONA, meratakan lemang menjadi kepingan 3-4 inci. Anda akan mendapat 10 keping lemang kepingan.
  • Langkah 3: Goreng kepingan lemang dengan 3 sudu besar minyak sehingga garing dan keemasan.
  • Langkah 4: Untuk membina burger, letakkan lemang di bahagian bawah, diikuti dengan daun salad, timun, satay ayam, sos kacang, bawang dan terakhir tutup dengan kepingan lemang, kekalkan bentuk burger dengan masukan lidi ke dalam burger.
  • Langkah 5: Ulangkan langkah dengan kepingan yang lebihi.
  • Langkah 6: Sedia untuk dihidang.

Resipi 4

Kari Ikan:

Bahan-bahan

  • 4 keping Ikan tenggiri kepingan
  • 6 batang Bendi
  • 3 biji Tomato, potong suku
  • 6 sudu besar Minyak masak
  • ½ tin Susu Isian Sejat F&N
  • 1 biji Bawang besar, dihiris
  • 5 ulas Bawang putih, dicincang
  • 1 inci Halia, dihiris
  • 1 sudu kecil Campuran rempah halba
  • 60g Serbuk kari ikan
  • 30g Serbuk cili
  • 2 keping Asam keping
  • 2 tangkai Daun kari
  • 1.5 sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil Gula
  • 600ml Air

Cara penyediaan

  • Langkah 1: Panaskan periuk dengan api sederhana, masukkan minyak masak dan rempah, tumis sehingga wangi. Masukkan pes, masak selama 3 minit.
  • Langkah 2: Masukkan ikan, bendi dan tomato. Didihkan selama 5 minit.
  • Langkah 3: Masukkan Susu Isi Sejat F&N dan didihkan.
  • Langkah 4: Sedia untuk dihidang

Mee Goreng Kari Makanan Laut :

Bahan-bahan

  • 1/3 hidangan Kari ikan
  • 3 sudu besar Minyak masak
  • 100ml Air
  • 4 sudu besar Susu Isian Sejat F&N
  • 400g Mee kuning
  • 1 sudu besar Bawang goreng
  • 1 sudu besar Daun ketumbar, dicincang
  • 4 biji Limau kasturi
  • 4 ulas Bawang putih, dicincang
  • 2 biji Bawang kecil, dihiris
  • 1 biji Cili merah,dihiris
  • 2 ekor Sotong, potong keping
  • 8 ekor Udang, buang kulit
  • 12 biji Kerang

Cara penyediaan

  • Langkah 1: Keluarkan tulang dari ikan dan pecahkan ikan menjadi kepingan yang lebih kecil. Ketepikan
  • Langkah 2: Dalam kuali, tumis bawang putih, cili merah, dan bawang merah sehingga wangi dengan minyak masak. Masukkan semua makanan laut, tumis sehingga masak.
  • Langkah 3: Masukkan kari ikan, ikan, air, dan Susu Isian Sejat F&N. Didihkan selama 3-5 minit. Masukkan mee kuning, tumis sehingga mee kuning campur dengan kari
  • Langkah 4:  Bahagikan mee kepada 4 hidangan, hidangkan limau kasturi dengan setiap mee kari.

Resepi 5

Apam Balik:

https://www.tiktok.com/@nosyopotato/video/6954625322645982465?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Bahan-bahan

  • 250g Tepung serbaguna
  • 120g Tepung naik sendiri
  • 50g Gula pasir
  • 1 ½ sudu kecil Serbuk soda
  • ¼ sudu kecil Garam
  • 2 sudu kecil Yis segera
  • 1 sudu besar Ekstrak vanilla
  • 2 biji Telur
  • 200g Susu Isian Sejat F&N 
  • 400ml Air

Hiasan

  • 2 sudu kecil / apam Gula pasir
  • 2 sudu besar / apam Kacang tanah, dibakar
  • 3 sudu besar /apam Jagung manis ala krim
  • 1 sudu kecil / apam Marjerine masin
  • 1 sudu besar / apam F&N Squeeze Tube Full Cream

Cara penyediaan

  • Langkah 1: Campurkan semua bahan kering dalam satu mangkuk. Kemudian masukkan air, telur, ekstrak vanilla dan Susu Isian Sejat F&N.
  • Langkah 2: Kacau sehingga sebati. Ketepikan selama 30 minit.
  • Langkah 3: Kacau sebelum guna, panaskan kuali tidak melekat 9 inci dengan api kecil. Isikan kuali dengan adunan setebal 1 inci. Taburkan 1 sudu kecil gula dan 1 sudu besar kacang tanah di atas apam.
  • Langkah 4: Masak dengan menutup kuali sampai apam masak.
  • Langkah 5: Taburkan dengan kacang tanah, gula, jagung krim, dan F&N Squeeze Tube Full Cream. Lipat apam menjadi separuh. Sapukan marjerin di atas dan bawa keluar.
  • Langkah 6: Ulangi langkah sehingga adunan habis . Hidangkan semasa panas.
  • Alternatif: Squeeze-kan TEAPOT Squeeze Tube Gula Melaka di atas apam balik.

Apam Balik Cheesecake:

@nureenafqh

Tq @nosyopotato ! Rasa traditional Apam Balik common? Jom try jadi modern twist ni! Masakan sama, cara lain! #FNResipi #SeleraRamadan

♬ The Future (Instrumental) – BLVKSHP

Bahan-bahan

  • 1 keping apam balik
  •  TEAPOT Squeeze Tube Gula Melaka

Inti Kek Keju

  • 600g Krim keju
  • 75g Gula pasir
  • 1/8 sudu kecil Garam
  • 50g Susu Isian Sejat F&N
  • 1 sudu besar Jus lemon
  • 1 sudu kecil Ekstrak vanilla
  • 3 biji Telur
  • 1 biji Kuning Telur

Cara penyediaan

  • Langkah 1: Sediakan apam balik setebal 1 inci. Taburkan semua inti apam. Masukan ke dalam Loyang sprinform, ketepikan.
  • Langkah 2: Pukul krim keju, gula, dan garam sehingga sebati. Campurkan jus lemon, Susu Isian Sejat F&N, dan ekstrak vanila. Masukkan telur dan kuning telur, pukul sampai tiada ketulan.
  • Langkah 3: Tuangkan isi kek keju ke dalam loyang springform. Bakar kek keju dalam ketuhar 95C yang telah dipanaskan sehingga kek keju menunjukkan suhu 65C selama 2 jam hingga 2.5 jam.
  • Langkah 4: Keluarkan kek dari ketuhar, naikkan ketuhar sehingga 250C. Bakar kek keju selama 2-5 minit sehingga lapisan di atas bertukar menjadi warna coklat. Keluarkan dari ketuhar.
  • Langkah 5: Biarkan sejuk sepenuhnya selama 1.5 jam, kemudian sejuk di dalam peti sejuk semalaman
  • Langkah 6: Keluarkan kek dari loyang, bahagikan kek menjadi 8-12 keping.
  • Langkah 7: Untuk hidangan, hiaskan setiap kek dengan perasa apam balik, seperti jagung krim dan kacang panggang. Kek keju boleh juga dinikmati bersama dengan TEAPOT Squeeze Tube Gula Melaka.

Senangnya memasak dengan Susu Isian Sejat F&N!

Dah habis tengok semua resipi? Senang je kan nak buat. Bahan rahsia yang menambahkan keenakkan makanan menjadi lemak berkrim pastinya Susu Isian Sejat F&N.

Jadi pastikan dekat rumah korang ada stok Susu Isian Sejat F&N ni, lebih-lebih lagi nak raya. Senanglah nak memasak hidangan raya nanti, kalau tetamu datang pun tak kalut nak masak apa.

Sempena hari raya yang bakal menjelang F&N sedang mengadakan promosi Masak-Masak Raya Bundle untuk pembelian secara dalam talian, dimana korang boleh dapat sampul raya secara percuma dan nikmati lebih penjimatan. 

Jom beli bundle ni di F&N Life atau korang boleh juga kunjungi platform e-dagang Shopee atau Lazada.

Jadi tunggu apa lagi? Jom memasak dengan Susu Isian Sejat F&N. Untuk maklumat lanjut mengenai F&N dan lebih banyak resipi menarik layari fnlife.com.my.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas