Connect with us

Oh! Media

Nak Review Inai Tapi Minta Gambar Kuku Kaki? Gadis Ini Luah Rasa Pelik

Oh! Tidak

Nak Review Inai Tapi Minta Gambar Kuku Kaki? Gadis Ini Luah Rasa Pelik

Di laman sosial, terdapat banyak kejadian membabitkan scammer di mana pelbagai taktik licik dilakukan untuk memerangkap mangsa. Ada yang menyamar menjadi orang lain semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

ADVERTISEMENT

Seperti yang berlaku kepada gadis ini, dia menerima tawaran untuk membuat review henna daripada seorang pengguna Facebook.

Dia yang bersetuju dengan tawaran tersebut pada awalnya diminta menghantar gambar kuku untuk rujukan.

Namun dia mula menyedari ada sesuatu yang pelik apabila diminta menghantar gambar kuku dari segenap ‘angle’.

Ahli-ahli penerima review, pakar review dan sebagainya, first gambar tu gambar saya, saya biasa terima review, tapi kali ini inai ni polik beno.

Saya sudi terima dan dia minta gambar jari kaki. Saya dah sent, lepastu minta gambar satu-satu jari pula da lepas tu… korang tengoklah sendiri. Memang procedur nak pilih inai kaki ni kena minta gambar kuku kanan sahaja, kuku kiri sahaja, gambar setiap kuku dan gambar semua kuku kaki kita ya?

Berasa hairan, gadis ini meluahkan pertanyaan di laman The Power Of Makeup meminta pandangan orang ramai mengenai situasi yang berlaku.

Pastu customer yang nak beli pun kena buat gini ya? Mohon pencerahan sebab kot salah saya yang rasa pelik dengan keadaan normal ni.

Yang unsent mesej tu gambar kuku kaki saya, dah sent minta lagi dan hari ini dia minta saya ambil gambar balik dan sent lagi.

Menurutnya lagi, dia terpaksa menolak review memandangkan prosedur yang dikenakan terlalu rumit.

Meninjau ke ruangan komen perkongsian, orang ramai turut berkongsi pengalaman serupa di mana mereka pernah disapa individu meminta gambar kaki kononnya untuk tujuan review.

Orang ramai turut berpesan kepada kaum wanita agar berhati-hati dengan golongan lelaki yang mempunyai ‘fantasi seksual’ terhadap kaki wanita.

Kredit: Elizeberd Coffee

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top