Connect with us

Oh! Media

“Nak Beli Makanan Ikan” – 11 Individu Dikompaun Beri Alasan Mahu Rentas Negeri

Trending

“Nak Beli Makanan Ikan” – 11 Individu Dikompaun Beri Alasan Mahu Rentas Negeri

Setelah Kerajaan di Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) bermula 12 Mei hingga 7 Jun 2021, sudah semestinya ramai yang turut bersedih kerana tidak berpeluang untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri pada masa yang sama terdapat juga segelintir masyarakat menggunakan taktik untuk merentas negeri.

ADVERTISEMENT

Cubaan 11 lelaki yang cuba untuk merentas masuk ke daerah Kemaman menggunakan ‘jalan tikus’ terbantut selepas mereka ditahan dan dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang dalam operasi bermula jam 3 petang hingga 8 malam.

Memetik laporan Berita Harian, antara alasan yang diterima pihak berkuasa daripada mereka termasuklah ingin membeli makanan ikan peliharaan dan membeli juadah berbuka di bazar.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata operasi khas itu dijalankan di kawasan sempadan daerah Kemaman dan Cherating di Pahang bagi mengesan individu memasuki kawasan yang dikenakan PKP.

Ketika ditahan, ada di antara mereka memberi alasan mahu membeli juadah berbuka puasa di bazar dan membeli makanan ikan peliharaan di daerah Kemaman.

Polis sebelum ini mengesan penduduk kampung bersebelahan sering menggunakan ‘laluan tikus’ ini untuk ke daerah Kemaman bagi mengelak sekatan jalan raya (SJR) yang terletak kira-kira lima kilometer dari ‘laluan tikus’ terbabit.

Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 46 tahun itu kemudian di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk diambil keterangan, sebelum masing-masing dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas