Connect with us

Oh! Media

Nahas Lebuh Raya, Kelindan Maut Tercampak Dari Treler

Trending

Nahas Lebuh Raya, Kelindan Maut Tercampak Dari Treler

Seorang kelindan maut selepas tercampak keluar dari treler manakala rakannya cedera dalam nahas jalan raya melibatkan dua buah treler di Kilometer 354,  Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Tapah pukul 3.20 pagi tadi.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Kosmo, mangsa yang bernama Keria Salleh, berusia 48 tahun dari Jitra, Kedah, maut di tempat kejadian disebabkan kecederaan yang amat parah manakala rakannya iaitu pemandu treler cedera di kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, insiden berlaku disebabkan treler yang dinaiki mangsa melanggar belakang treler lain yang perjalanan dari Klang ke Pulau Pinang.

Akibat dari perlanggaran itu, mangsa disahkan maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari trelernya menyebabkan kecederaan parah manakala rakannya yang memandu treler tersebut cedera di kaki kanan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan pemandu treler berusia 54 tahun itu pula dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.

Siasatan mendapati punca nahas itu akibat langgar belakang oleh treler dinaiki mangsa dengan sebuah treler lain.

Wan berkata, tiada tangkapan dilakukan dan kes kemalangan ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas