Connect with us

Oh! Media

Nabil Ahmad Tampil Beri Keterangan Berhubung Sindiket Macau Scam

Trending

Nabil Ahmad Tampil Beri Keterangan Berhubung Sindiket Macau Scam

Nabil Ahmad yang merupakan seorang pelawak dan pengacara terkenal antara lima individu yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung sindiket Macau Scam yang menghangatkan Malaysia baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, SPRM cuma bertanyakan tentang pembukaan kedai Bubble Bee Nabil yang akan dibuka di Seremban. Nabil menjawab yang kedainya masih belum beroperasi lagi. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku disebabkan dirinya tidak terbabit langsung dengan kes ini. 

Selepas itu mereka terus tak tanya apa-apa lagi dan itu sahaja soalannya. Ini kerana kalau tiada kedai buat apa nak siasat.

kata Nabil kepada Harian Metro


Nabil turut mengatakan yang kedai tersebut akan dibuka selepas kes Shuib ini selesai nanti disebabkan pembukaan kedai, termasuklah sewa kedai akan diuruskan oleh Shuib sendiri. Nabil juga mengatakan yang dirinya sangat berpuas hati kerana tidak dikaitkan dalam kes Macau Scam ini.

Baguslah kalau tidak terlibat. Kesian kepada individu-individu yang telah ditipu beribu-ribu ringgit oleh sindiket Macau Scam, tambah lagi apabila mangsanya adalah orang-orang tua.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon Nabil Ahmad beri keterangan kepada SPRM di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas