Connect with us

Oh! Media

Murid Usia 10 Tahun Cabul Budak Selepas Tengok ‘Filem Dewasa’

Oh! Tidak

Murid Usia 10 Tahun Cabul Budak Selepas Tengok ‘Filem Dewasa’

Kejadian melibatkan kes pencabulan mungkin sudah banyak berlaku serata dunia mahupun di negara kita sendiri. Perkara sedemikian banyak melibatkan kaum wanita yang sering menjadi mangsa serta kanak-kanak juga turut menjadi mangsa. Perbuatan terkutuk itu bagaimanapun perlu dihentikan agar mangsa cabul tidak berasa terkesan dengan masa depan mereka.

ADVERTISEMENT

Perkara sama juga berlaku di Indonesia tetapi agak mengejutkan apabila pencabulan tersebut dilakukan oleh kanak-kanak kesan daripada menonton video tidak senonoh yang mendorong dia melakukan perkara terkutuk itu.

Seorang murid darjah empat didapati mencabul seorang kanak-kanak wanita berusia enam tahun selepas dia menonton ‘filem dewasa’ dalam kejadian di Kampung Wogowela, Nusa Tenggara Timur.

Unit Siasatan Jenayah Polis Ngada, Rai Artika berkata, hasil siasatan mendapati pihaknya diberitahu bahawa budak tersebut memperoleh video berunsur pornografi itu dari seorang tukang yang bekerja di pusat kesihatan awam.

Kes itu dilaporkan sendiri oleh ibu mangsa pada 19 Mei lalu yang mana mangsa diajak oleh si pelaku dan abangnya serta saksi lain untuk mencari sebuk kayu di belakang rumah seseorang penduduk kampung di situ.

Mereka mencari serbuk itu di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Keli. Selepas itu, suspek dan seorang individu lain mengajak mangsa ke tempat lain di belakang batu besar. Di situlah suspek mengambil kesempatan mencabul kanak-kanak itu.

Selepas suspek mencabul mangsa, seorang rakan lain juga turut berkeinginan mencabul secara bergilir-gilir sebelum perbuatan itu berjaya dihalang oleh abang mangsa yang datang tidak lama kemudian.

Menurut Rai, abang mangsa yang berjaya mengagalkan niat kanak-kanak tersebut melihat adiknya dalam keadaan separuh bogel tanpa memakai seluar.

Selepas melakukan siasatan, pelaku berusia 10 tahun itu tidak ditahan oleh sebab dia masih kanak-kanak dan masih di bawah umur.

Kredit: Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top