Connect with us

Oh! Media

Mufti Perjelas Langkah Yang Perlu Diikuti Berkenaan Isu Tertukar Bayi

Oh! Tidak

Mufti Perjelas Langkah Yang Perlu Diikuti Berkenaan Isu Tertukar Bayi

Baru-baru ini, media sosial gempar dengan isu bayi kembar  tertukar yang hanya disedari selepas puluhan tahun lamanya.

ADVERTISEMENT

Perkara itu terjadi pada tahun lepas apabila ketiga-tiga mereka iaitu Adryani Iwani, 20, ‘kembarnya’ Adryana Irwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada Sept tahun lepas.

Memetik perbincangan hangat warga maya mengenai status bin atau binti bayi yang tertukar, perkara itu sewajarnya diberi pendedahan dengan membetulkan semula nama bapa agar tidak menimbulkan isu berbangkit terutamanya membabitkan pembahagian pusaka.

Terpanggil dengan konteks ini, Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad berkata seseorang anak mempunyai hak untuk mendapatkan sumber pusaka yang ditinggalkan bapa kandungnya yang sudah meninggal dunia.

Memang (wajib) seseorang itu dibin atau dibintikan kepada bapa sebenar, tidak boleh dibinti atau bin kepada bapa angkat, haram kalau dengan sengaja.

Dalam kes ini ia tersilap, jadi apabila tersilap, insya-Allah Tuhan ampunkan tetapi dari segi pengurusan (Jabatan Pendaftaran Negara), terserahlah.

Kalau undang-undang kata tidak boleh tukar sebab melibatkan sijil misalnya, tidak mengapa, tetapi perlu ada satu catatan bahawa ini adalah anak angkat.

Kalau tidak nanti dia boleh buat tuntutan di mahkamah dan berhak mendapat tuntutan pusaka. Sekarang tidak mengapa kerana damai (tiada perbalahan).

Mohamad Shukri berkata tidak menjadi kesalahan untuk anak yang tertukar itu terus tinggal bersama keluarga yang memeliharanya selama ini.

Sehubungan itu katanya dari aspek hukum aurat adik-beradik susuan adalah sama dengan hukum aurat adik-beradik seibu sebapa.

Mengenai wali dalam pernikahan pula, merujuk kepada kes ini yang kedua-duanya sudah kehilangan bapa kandung, Mohamad Shukri menjelaskan pengganti wali yang terdekat ialah abang atau adik-beradik lelaki kandung.

Meskipun (Adryana Iwani) sudah tinggal bersama keluarga angkat, wali pernikahan itu mesti ikut binti bapa yang sebenar, wali asal.

Ujar Mufti, andai mereka sudah nikah berwalikan bapa angkat atau adik-beradik angkat, kejadian ini tidak jatuh hukum zina, tetapi pasangan itu harus  mengangkat lafaz nikah baru dengan wali asal selepas diketahui hal sebenar.

Semoga pencerahan ini dapat memberi manfaat buat semua.

Kredit: Malaysiakini

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top