Connect with us

Oh! Media

Mufti Pandang Serius Kenyataan 2 Individu Bangga Mengaku Pondan & Berniat Menukar Agama

Oh! Islam

Mufti Pandang Serius Kenyataan 2 Individu Bangga Mengaku Pondan & Berniat Menukar Agama

Seperti yang kita semua tahu, telah kecoh di media sosial sejak akhir-akhir ni apabila ada individu dengan tanpa segan silunya membuka aib sendiri dikhalayak ramai dan yang lebih menyedihkan apabila ia turut melibatkan isu agama.

ADVERTISEMENT

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) hari ini di media dilaporkan telah berkongsi pendapat mereka dan memandang serius tentang kenyataan kontroversi yang telah dikeluarkan oleh dua orang selebriti apabila ia membabitkan status gender dan pegangan agama mereka, baru-baru ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, ini melibatkan kenyataan seorang artis yang mendakwa dirinya sebagai seorang transgender, malah tanpa segan silu artis itu juga turut menzahirkan rasa bangganya menjadi seorang pondan. 

Selain itu, kenyataan dari seorang usahawan kosmetik tempatan juga turut dipandang sirius oleh mereka apabila usahawan itu turut menyatakan niatnya untuk menukar agama.

Kedua-dua kenyataan individu ini dilihat akan memberi kesan yang mendalam kepada umat Islam di negara ini. – Katanya.

Luqman berkata, ini akan membuatkan segelintir masyarakat mula berasa keliru dan beranggapan jika kedua-dua perbuatan seperti itu adalah normal dan tidak menyalahi agama.

Katanya, perbuatan itu sekaligus dibimbangi akan menjuruskan kepada pintu-pintu keburukan yang lain.

PMWP ingin menasihatkan kepada seluruh umat Islam di negara ini agar sentiasa memelihara maruah diri masing-masing dan berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kepada umum.

Dalam Islam, setiap percakapan yang mengundang keburukan sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain, akan dinilai sebagai suatu dosa di sisi Allah SWT.

PMWP ingin mengingatkan bahawa Allah SWT melarang mendedahkan keaiban diri sendiri kepada umum. – Katanya.

Luqman turut menasihatkan individu yang terlintas untuk menukar agama agar bertenang dan berehat seketika daripada kesibukan supaya mencari ketenangan diri serta merenung kembali dosa-dosa silam yang pernah dilakukan.

Katanya, mereka dinasihatkan untuk melafazkan istighfar berulang kali, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

PMWP ingin mengajak masyarakat agar menghormati norma masyarakat di negara ini yang sentiasa memelihara memelihara tatasusila serta kesopanan dalam perbezaan gender antara lelaki dengan wanita.

PMWP mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan umat Islam agar menghormati perlembagaan serta undang-undang yang ditetapkan khususnya yang berkaitan dengan jenayah Syariah. – Kata Luqman.

Beliau juga turut mengajak umat Islam untuk bersama-sama memelihara maruah diri dan selain tidak bersikap mementingkan diri sendiri dengan sewenang-wenangnya melakukan perkara-perkara yang boleh membuka keaiban diri sendiri sehingga mendatangkan fitnah kepada agama.

Semoga Allah SWT memberikan taufiq dan petunjuk kepada kita semua. – Katanya.

Beringatlah sebelum mengeluarkan setiap percakapan, kerana percakapakan yang buruk hanya akan mengundang kepada keburukan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain. Semoga Allah S.W.T tetapkan hati dan iman buat kita semua.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas