Connect with us

Oh! Media

Misteri Kehilangan 11 Tahun Terjawab, Wanita Rupanya ‘Menyorok’ Rumah Jiran

Trending

Misteri Kehilangan 11 Tahun Terjawab, Wanita Rupanya ‘Menyorok’ Rumah Jiran

Misteri kehilangan seorang gadis di Kampung Ayalur, Palakkad India, 11 tahun lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui menyorok di rumah kekasih yang terletak hanya 500 meter dari rumah keluarganya.

ADVERTISEMENT

Apa yang menghairankan, polis telah mencari di merata tempat termasuk kawasan kejiranan tersebut namun tidak menjumpainya.

Dilaporkan, Sajitha menyelinap masuk ke rumah Alinchuvattil Rahman dan tinggal di bilik kekasihnya itu secara senyap-senyap. Malah, ibu bapa Rahman sendiri tidak menyedari ada gadis tinggal bersama anaknya di bilik tersebut.

Rahsia mula terbongkar apabila Rahman secara tiba-tiba lari dari rumah. Selepas tiga bulan tidak pulang, keluarga yang bimbang akan keselamatan Rahman telah membuat laporan polis.

Suatu hari, abang sulung Rahman yang dikenali sebagai Basheer terserempak dengan adiknya dan mula mengekori pergerakkannya. Dia mendapati Rahman dan Sajitha tinggal di rumah sewa di kampung sebelah.

Ketua Polis Nenmara, Deepa Kumar A berkata, Sajitha dan Rahman bertindak sedemikian kerana bimbang perhubungan percintaan mereka tidak direstui dek kerana perbezaan agama.

Selama ini Sajitha tinggal secara rahsia di bilik kecil kepunyaan Rahman.

Rahman yang bekerja sebagai pengecat rumah sentiasa mengunci pintu bilik dan tidak membenarkan sesiapa masuk termasuklah ibu bapanya.

Disebabkan Rahman seorang yang panas baran, ibu bapanya tidak pernah sesekali mengganggunya ketika berada di rumah.

Abangnya, Basheer yang bekerja sebagai pemandu lori tinggal berasingan.

Basheer mendakwa Rahman kadang kala bertindak seperti orang tidak siuman apabila ada yang cuba mendekati bilik tersebut. Rahman juga sering membawa makanan masuk ke bilik.

Mereka dipercayai hanya keluar bilik ketika ibu bapa Rahman keluar bekerja di siang hari. Sajitha menjemur baju yang dibasuh di dalam bilik sahaja.

Selama 11 tahun tersebut, Sajitha menghiburkan diri dengan menonton televisyen kecil menggunakan earphones. Malah, orang kampung juga telah melupakan misteri kehilangan Sajitha kerana mereka menyangkakan Sajitha lari bersama lelaki lain ke Tamil Nadu.

Sajitha bertindak keluar dari rumah tersebut tiga bulan lalu dan tinggal menyewa di kampung sebelah. Pada masa yang sama, Rahman berselisih faham dengan keluarga dan menghilangkan diri untuk tinggal bersama Sajitha.

Kredit: Indian Express

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas