Connect with us

Oh! Media

Mimpi Anak Perempuan, Menantu Dan Cucu Berpakaian Hitam Putih Rupanya Petanda Mereka Pergi Buat Selamanya

Trending

Mimpi Anak Perempuan, Menantu Dan Cucu Berpakaian Hitam Putih Rupanya Petanda Mereka Pergi Buat Selamanya

Kita dikejutkan dengan satu tragedi nahas menimpa tiga beranak yang maut selepas kereta dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori yang berhenti bagi kerja pembaikan jalan.

ADVERTISEMENT

BACA: Kereta ‘Total Lost’, Tiga Beranak Maut Kemalangan Dengan Lori Dua Tan

Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, isterinya, Zubaidah Abd Rajak serta anak mereka yang baru saja berusia satu tahun, Muhammad Rizqi.

Ayah dedah mimpi anak perempuan, menantu dan cucu berpakaian serba putih hitam

Dalam pada itu, bapa kepada Zubaidah, Abd Rajak Sakiman, ketika ditemui pemberita Bernama mendedahkan bahawa dia tidak menyangka mimpinya melihat anak perempuan, menantu serta cucunya sekeluarga berpakaian hitam putih merupakan petanda mereka itu akan pergi buat selama-lamanya.

Abd Rajak turut menjelaskan bahawa mereka sekeluarga sebenarnya sedang bergerak dari Johor Bahru secara berkonvoi untuk bercuti ke Port Dickson sebagaimana yang dirancang arwah bersama adik-beradiknya yang lain.

Dua dari Muar dan dua lagi dari Johor Bahru. Saya gerak dari Muar sebab tinggal di situ dan arwah bergerak dengan kakaknya sebab tinggal di sana, tapi bila dah pukul 1.30 petang pun tak sampai-sampai, kami mula tertanya-tanya.

Kami cuba telefon Zubaidah tapi tak terjawab, begitu juga dengan suaminya. Tak lama lepas tu, anak saya tunjuk satu pesanan WhatsApp dan beritahu Syafiq kemalangan.

Abd Rajak memaklumkan dia mengetahui arwah sekeluarga sudah tiada hanya selepas tiba di Hospital Alor Gajah.

Bila sampai sini (unit forensik) barulah saya tahu ketiga-tiga mereka dah tiada, terus saya jadi lemah.

Dalam pada itu, salah seorang kakak kepada Zubaidah berkata bahawa kali terakhir dirinya berjumpa dengan Allahyarhamah adalah di Plaza Tol Skudai ketika dalam perjalanan ke Port Dickson, dan dapat dilihat terdapat sedikit ‘kelainan’ pada raut wajah Allahyarhamah Zubaidah.

Memang tidak sedap hati dan sejak arwah ajak pergi ke Port Dickson semalam, saya termenung. Teringatkan alamat sebelum ini, (mimpi bapa) yang melihat mereka dalam pakaian hitam putih.

Kami dari Oh! Media mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa dan semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas