Connect with us

Oh! Media

Miliki 555 Batang Gigi Tajam, Ikan Karnivor Hilang 20 Batang Gigi Sehari?

20 batang gigi

Trending

Miliki 555 Batang Gigi Tajam, Ikan Karnivor Hilang 20 Batang Gigi Sehari?

Saintis di Tampa, Florida menyatakan bahawa ikan lingcod yang hidup di Lautan Pasifik kehilangan 20 batang gigi sehari untuk mengekalkan ketajaman giginya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ikan Paus Lalu” – Netizen Terkejut Nampak Hidupan Laut Di Pentas ABPBH34

Menerusi laporan Kosmo, ikan tersebut juga memiliki 555 batang gigi yang tajam untuk melapah mangsanya.

Gigi tumbuh semula dengan pantas

20 batang gigi

Selain gigi geraham, taring dan gigi kacip, ikan ini memilki beratus-ratus gigi tajam yang melapisi rahangnya sehingga tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Saintis mendapati, walaupun sehari ikan lingcod ini kehilangan lebih kurang 20 batang gigi, namun proses pertumbuhan untuk menggantikan gigi tajam yang hilang itu sangatlah pantas.

Ia amat hebat apabila mengetahui bahawa gigi ikan lingcod  mampu diganti semula dengan pantas. Pada anda, keadaan itu sama seperti situasi bangun dari tidur setiap hari dan kehilangan sebatang gigi. -Karly Cohen

Ini merupakan salah satu kebesaran dan keajabaiban Allah yang maha berkuasa. Hilang 20 gigi, tumbuh lagi gigi dengan cara yang pantas. Patutlah ikan ini dipanggil sebagai ikan pemangsa.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas